Tonton Drama Risik Pada Hati Di TV3 (Slot Akasia)

Drama Risik Pada Hati Di TV3

Menyusuli Bisik-Bisik Gelora, drama Risik Pada Hati akan mengisi slot Akasia bermula 27 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan aplikasi Disney+ Hotstar dan www.hotstar.com/my

Drama bersiri 28 episod yang diinspirasikan dari novel dengan tajuk yang sama Risik Pada Hati karya Hani Ramsul merupakan terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Pali Yahya.

Ianya menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam, Shazia Rozaini dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Risik Pada Hati

Drama Risik Pada Hati mengisahkan tentang tiga hati yang berkongsi rasa iaitu Adam (Alif Satar), Hayfa (Ummi Nazeera) dan Aisya (Zara Zya). Hayfa dan Adam bertahun lama menyemai cinta pastinya inginkan zuriat untuk menyerikan lagi rumah tangga. Sekian lama berusaha, namun masih belum diizinkan Tuhan.

Hayfa seorang yang sangat tabah dan cekal jiwanya. Walaupun sering di hina, digelar mandul oleh ibu saudara Adam. Dia tetap bersabar dan syukur yang Adam sentiasa berada disisinya.

Suatu hari, Hayfa yang terlalu menyayangi Adam, meminta Adam untuk berkahwin demi memiliki zuriat. Hasrat yang pada mulanya ditentang oleh Adam dan keluarga mertuanya akhirnya diterima baik oleh Adam. Adam menerima Aisya dalam hidupnya.

Setahun berlalu hidup mereka aman damai. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab pada kedua isterinya. Sehinggalah lahirnya Umar dalam hidup mereka bertiga.

Hati Hayfa yang ikhlas pada mulanya, mula berantakkan. Timbul curiga dalam diri Hayfa pada Aisya. Siapakah yang menjadi batu api antara mereka sehingga membuatkan Hayfa sanggup melakukan dosa. 

Dosa apa? Dan kenapa Aisya melarikan diri. Adakah Adam akan memilih antara Hayfa dan Aisya setelah semua kebenaran terbongkar?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Risik Pada Hati bermula 27 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3.

Drama bersiri ini juga akan tersedia lebih awal pada hari yang sama di seluruh Malaysia menerusi platform penstriman Disney+ Hotstar. Anda boleh langgan dengan harga RM54.90 untuk tempoh tiga bulan.

Drama Risik Pada Hati Di TV3

Drama Risik Pada Hati Di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post