Saksikan Drama Siri She Was Pretty Malaysia Di Viu

Saksikan Drama Siri She Was Pretty Malaysia Di Viu

Jangan lupa saksikan drama siri Viu Original, She Was Pretty Malaysia yang akan temui penonton bermula 23 Jun 2022, setiap hari Khamis yang akan disiarkan secara eksklusif di platform penstriman Viu Malaysia.

Drama 16 episod ini merupakan remake daripada drama Korea dengan judul yang sama, She Was Pretty yang mana ianya diterbitkan oleh Independent Pictures dengan hasil daripada pengarah Yusry Abdul Halim bersama garapan penulisan skrip daripada Rafidah Abdullah.

Pelakon & Watak Lakonan

She Was Pretty Malaysia dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti iman Hakim Ridza, Diana Danielle, Alvin Chong, Daniella Sya, Yasmin Hani, Asha Merican, Shah Kimin, Adam Malek, Amelina, Arena Wan dan ramai lagi.

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Haniff
  • Diana Danielle sebagai Nadia
  • Daniella Sya sebagai Kejora
  • Alvin Chong sebagai Ashraf
  • Yasmin Hani sebagai Julie
  • Adam Malek sebagai Junad
  • Arena Wan sebagai Aria Bakri

Sinopsis Drama She Was Pretty Malaysia

Drama siri She Was Pretty ini mengisahkan tentang Haniff yang memiliki seorang buah hati masa kecil bernama Nadia yang merupakan seorang gadis yang manis.

Pada saat mereka berdua kini sudah dewasa, selepas 15 tahun, Haniff ingin bertemu kembali dengan Nadia, tetapi dia berasa malu dengan penampilannya kerana dia kini sudah tidak semanis dan secantik dahulu.

Disebabkan itu, Nadia meminta kawan baiknya, Kejora berlakon sebagainya untuk bertemu kawan lamanya tersebut, Haniff selepas sekian lama terpisah.

Apa yang bermulanya sebagai satu penipuan kecil menjadi besar apabila Nadia mendapati Haniff ialah bosnya di majalah fesyen di mana dia bekerja. Nadia bergelut untuk mengekalkan rahsia identitinya, walaupun perasaan cinta dahulunya mula timbul semula. Dia juga menemui seorang rakan rapat di tempat kerjanya, Ashraf yang mula jatuh cinta dengannya.

Sementara itu, Kejora yang disuruh menipu oleh Nadia secara tidak sengaja mula jatuh cinta dengan Haniff. Pergelutan antara cinta dan persahabatan mula timbul untuk Nadia dan Kejora, tapi yang mana satu menjadi pilihan mereka... dan siapa pula pilihan muktamad Haniff?

Saksikan Drama Siri She Was Pretty Malaysia Di Viu

Saksikan Drama Siri She Was Pretty Malaysia Di Viu

Post a Comment

Previous Post Next Post