Saksikan Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun Ini

Saksikan Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun Ini

Jangan lupa untuk saksikan filem Mat Kilau yang akan temui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 23 Jun 2022. Anda kini boleh dapatkan tiket wayang untuk menonton filem ini di panggung terdekat anda.

Filem biogrfik epik ini mendapat sentuhan daripada pengarah ternama, Syamsul Yusof dengan garapan skrip oleh Sharuddin Dali dan ianya diterbitkan oleh syarikat produksi Studio Kembara dengan edara Skop Production.

Pelakon & Watak Lakonan

Mat Kilau menampilkan barisan pelakon hebat antaranya ialah Dato Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As'ari, Ali Karimi, Geoff Andre, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Farid Amirul, A. Galak, Zarina Zainoordin, Farah Ahmad, Namron, Dato Jalaluddin Hassan, Dato Rahim Razali, Ellie Suriaty dan ramai lagi.

  • Dato' Adi Putra sebagai Mat Kilau
  • Beto Kusyairy sebagai Wahid
  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Johan As'ari sebagai Yassin
  • Ali Karimi sebagai Brahim
  • Yayan Ruhian sebagai Toga
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Syers
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah
  • Khir Rahman sebagai Usup
  • Farid Amirul sebagai Goh Hoi
  • A. Galak sebagai Pak Deris
  • Zarina Zainoordin sebagai Rokiah
  • Farah Ahmad sebagai Yang Chik
  • Dato Jalaluddin Hassan sebagai Hj. Muhammad
  • Dato Rahim Razali sebagai Imam Bottoqh
  • Namron sebagai Haji Sulong

Sinopsis Filam Mat Kilau

Filem Mat Kilau mengisahkan tentang seorang pahlawan melayu, Mat Kilau bersama ayahandanya, Tok Gajah bersama sahabat-sahabatnya bangkit melawan dan menentang penjajahan British.

Pada tahun 1892, pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. Dengan itu, British telah mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan juga mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu tersebut.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang terus berleluasam Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabat yang lain bangit menentang Britsih.

Kebijaksanaa Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Saksikan Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun Ini

Saksikan Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun Ini

Post a Comment

Previous Post Next Post