Cara Kumpul Shopee Coins Untuk Dapatkan Lebih Diskaun

Kita sedia maklum, antara perkara yang di dalam platform Shopee adalah daripada Shopee Coins. Ianya merupakan coins yang diberi kepada buyer jika mereka melakukan pembelian di Shopee. Bagaimana nak kumpul?

Cara Kumpul Shopee Coins Untuk Dapatkan Lebih Diskaun

Sebenarnya bukan dengan pembelian sahaja, anda boleh peroleh Shoppe Coins ini. Terdapat banyak cara dan ianya akan dibincangkan di bawah nanti. Sebelum itu, kita perlu tahu apa fungsi coins ini? Adakah ianya macam syiling yang kita peroleh di luar itu.

Fungsi Shopee Coins

Fungsi yang paling utama melalui coins ini adalah anda akan dapat lebih diskaun. Erti kata lain, anda boleh dapatkan harga barangan di Shopee dengan murah jika anda mempunyai banyak Shopee Coins ini. Lagi banyak ada kumpul, lagi banyaklah diskaun yang anda peroleh. Ditambah pula dengan baucer yang anda ada. Secara teori kira-kira :

10 coins = 10 sen
100 coins = RM1
1000 coins = RM10

Kalau lihat perkiraan, lagi banyak coins lagi banyak diskaun yang anda peroleh jika anda membeli barangan di Shopee.

Ada tapinya juga, bukan semua seller yang anda boleh guna Shopee Coins ini. Hanya seller yang terpilih sahaja. Antara seller yang anda boleh gunakan coins ini adalah seller Preferred dan Mall. Jadi jika anda membeli melalui seller ini anda boleh guna Shopee Coins tersebut dan dapatkan potongan harga mengikut jumlah coins yang anda ada.

Cara Kumpul Shopee Coins Untuk Dapatkan Lebih Diskaun

Sekarang dah tahu nak guna dimana, tetapi bagaimana nak dapatkan Shopee Coins ini selain daripada transaksi belian? Jom tengok sini 5 cara kumpul Shopee Coins untuk dapatkan lebih diskaun dan potongan harga hanya di Shopee.

5 Cara Kumpul Shopee Coins

Sekarang pun rasanya, platform shopping online ni mesti kita buka hari-hari walaupun tiada niat untuk beli pun. Mungkin sekadar nak cuci mata sahaja. Jadi jika anda begitu, apa kata guna masa tersebut untuk kumpul Shopee Coins.

Sebelum itu, jika anda tiada lagi akaun Shopee dan ingin mula berdaftar untuk kali pertama, anda boleh download aplikasi Shopee di Playstore atau Appstore serta masukkan AIMAN965 untuk anda perolehi baucer RM8. Anda juga boleh layari laman web www.shopee.com.my 

#1. Kumpul Melalui Daily Coins Reward

Jika anda jenis buka hari-hari aplikasi Shopee, cara ini mungkin tiada masalah untuk anda. Anda boleh kumpul dan tebus Shopee Coins setiap hari melalui daily coins rewards. Anda akan tebus mengikut jumlah hari. Hari pertama, 1 coins, hari kedua, 2 coins sehinggalah hari ketujuh, anda peroleh 7 coins. Jadi dalam 1 minggu anda peroleh 28 coins. Tetapi jika anda terlepas 1 hari, anda perlu bermula daripada 1 coins semula.

Kumpul Melalui Daily Coins Reward

Caranya : Pergi ke aplikasi Shopee > Me > My Shopee Coins > tekan Check in Today To Get Coins

Tapi jangan risau kalau anda terlepas, biasanya Shopee akan hantar notifikasi mengingatkan anda untuk buka dan tebus daily coins rewards ini. Mudah kan.

#2. Setiap Pembelian Barangan Di Shopee

Seperti yang diberitahu pada awal post ini dimana setiap pembelian yang anda buat melalui aplikasi Shopee, anda akan dihadiahkan Shopee Coins. Jumlah coins pula yang anda peroleh bergantung kepada nilai belian anda. Ini adalah nilai coins yang anda dapat jika buat pembelian. RM10 untuk 10 coins sehingga RM100 untuk 100 coins.

Setiap Pembelian Barangan Di Shopee

Tetapi tawaran coins ini hanya limit sehingga 100 coins bagi satu-satu pembelian sahaja walaupun nilai belian anda beratus-ratus ringgit pun. Dalam sehari anda hanya peroleh maksimum 150 coins dan juga 300 coins bagi setiap minggu.

Seperti yang diberitahu, hanya Preferred dan Mall Seller sahaja yang anda boleh terima dan menggunakan Shopee Coins ini. Anda akan terima Shopee Coins tersebut sejurus selepas anda tekan Order Received

#3. Tinggalkan Review Selepas Membuat Pembelian

Melalui review yang anda tinggalkan pada sellert juga, anda akan peroleh Shopee Coins tau. Fungsi review hanya akan diaktifkan kepada buyer yang sudah berjaya dapatkan barang sahaja. Orang lain tak boleh pun.

Tinggalkan Review Selepas Membuat Pembelian

Anda akan memperoleh 5 Shopee Coins jika anda tinggalkan review sepanjang 50 patah perkataan beserta sekurang-kurangnya 1 gambar. Review anda tidak semestinya positif atau negatif. Jika cukup syarat tersebut, anda boleh dapatkan 5 coins tersebut. 

#4. Ajak Kawan Anda Untuk Sertai Shopee

Cara ini anda kene buat atleast 2 orang. Ya, kerana anda perlu ajak rakan-rakan atau ahli keluarga yang mempunyai smartphone untuk daftar akaun Shopee buat pertama kali. Setiap rakan yang anda berjaya refer anda akan memperoleh 1000 coins. Pastikan mereka download aplikasi Shopee dan masukkan referral kod anda. Siapa yang sudi guna admin punya >> AIMAN965

Tapi anda terangkan juga, jika untuk pertama kali daftar, anda yang baru ini juga dapat hadiah iaitu baucer RM8 untuk digunakan pada pembelian yang pertama. Dua-dua untungkan. Sorang dapat coins, sorang dapat baucer.

Untuk dapatkan referral kod tersebut : Aplikasi Shopee > Me > Refer a Friend > Copy kod anda tersebut

Ajak Kawan Anda Untuk Sertai Shopee


*BONUS

#5. Kumpul Melalui Game Yang Disediakan (Mengikut Musim)

Cara ini sebenarnya mengikut musim dan tempoh yang ditetapkan oleh pihak Shopee sendiri. Seperti yang dikongsikan oleh blog aimanabdullah dimana terdapatnya game yang anda boleh main dan hadiahnya berupa Shopee Coins. 

Kumpul Melalui Game Yang Disediakan

Selain Shopee Game, ada juga Shopee Quiz. Anda jawab betul, anda dapat baucer atau Shopee Coins. Lagi banyak jawab betul, lagi banyak coins yang anda perolehi. Pada saat itu, tawaran sehingga 1,000,000 Shopee Coins. Sangat menarik kan.

Kumpul Banyak-Banyak Shopee Coins

Itulah antara bagaimana cara kumpul Shopee Coins supaya dengannya anda boleh dapat lebih diskaun dan potongan harga ketika membeli. Jadilah pembeli yang bijak, gunakan segala pemudah cara yang disediakan. Dapatkan lagi penjimatan yang ada. Boleh shopping lagi banyak-banyak kan.


sumber : aimanabdullah

Post a Comment

Previous Post Next Post