Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2021

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2021

Anugerah MeleTOP ERA 2021 telah berjaya diadakan pada 29 Mei 2022 selepas penundaan berlaku pada Januari yang lalu akibat pandemik yang masih berlaku ketika itu. Tahniah Khai Bahar, Shiha Zikir dan Dolla memenangi anugerah utama Top Top MeleTOP ERA.

AME2021 juga telah menyaksikan buat pertama kali ianya di adakan dalam mood Hari Raya iaitu pada bulan Syawal dan pastinya lebih meriah yang pastinya disajikan dengan lagu raya pada pembukaan acara tersebut.

Tapi bukan itu sahaja, pada malam tersebut ramai artis yang membuat persembahan antaranya ialah kumpulan Dolla, MK K-Clique, Bunga, Wany Hasrita, Dato Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Amir Masdi, Search dan banyak lagi.

Selain itu kita juga dapat lihat pelbagai keletah yang ditunjukkan bagi penyampai anugerah yang antaranya ialah pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose, Datuk Sri Vida, Rosyam Nor, Shuib, Syafiq Kyle & Mimi Lana dan ramai lagi.

Manakala 3 gandingan pengacara digunakan pada malam tersebut iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad.

Anugerah MeleTOP ERA 2021 telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria 104 atau strim secara online di Astro Go pada 29 Mei 2022, Sabtu pada jam 9.00 Malam.

⏩ Tonton Anugerah MeleTOP ERA 2021 - Link 1 | Link 2 | Link 3

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2021

Berikut merupakan senarai 16 anugerah yang dipertandingkan termasuk 3 anugerah khas dan 3 anugerah utama iaitu TOP TOP MeleTOP Lelaki, Wanita dan Grup/Duo.

BACASenarai Calon TOP 5 Bagi Anugerah MeleTOP ERA 2021

Anugerah Utama

TOP TOP MeleTOP Lelaki
Khai Bahar

TOP TOP MeleTOP Wanita
Shiha Zikir

TOP TOP MeleTOP Grup/Duo
Dolla

Anugerah Khas

Anugerah Legend MeleTOP
Hamid Gurkha


Anugerah Legend Muzik MeleTOP
Roslan Aziz

Anugerah Khas MeleTOP 2021
Datuk Hj Aznil Nawawi

16 Anugerah Dipertandingkan 

Artis Versatil MeleTOP
Shiha Zikir

Artis Baharu MeleTOP
Dini Schatzmann

Si Cilik MeleTOP
Ariana Aubrey & Karl Kareef

Influencer MeleTOP
Dr Say

Couple MeleTOP
Emma Maembong & Muhammad Shazli

Program MeleTOP
Konsert Minggu Ini #123 Khai Bahar

Personaliti TV MeleTOP
Jihan Muse

Video MeleTOP
Canggung - Wany Hasrita

Penyanyi MeleTOP ERA
Khai Bahar

Pelakon MeleTOP
Fasha Sandha

Lagu MeleTOP ERA
AEWO - Shiha Zikir ft Noki

Grup/Duo MeleTOP ERA
Shiha Zikir, Noki

Drama MeleTOP
Kampong Pisang Bersiri-Siri

Filem MeleTOP
Ada Apa Dengan Dosa

Bintang Filem MeleTOP
Shiha Zikir - Hantu Bonceng 2.0

BBNU MeleTOP
Alyssa Dezek

Tahniah kepada semua pemenang!

Post a Comment

Previous Post Next Post