Anugerah MeleTOP ERA 2021 Akan Diadakan Pada 29 Mei 2022

Anugerah MeleTOP ERA 2021 Akan Diadakan Pada 29 Mei 2022

Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan atau 'AME 2021' yang bertemakan busana Glam Legend dengan tagline #YangFreshYangLegend bakal menemui para penonton pada 29 Mei secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jika sebelum ini, ianya ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama-sama SOP yang ketat dikenakan, pihak penganjur mengumumkan penundaan tarikh baru yang pada awalnya bakal berlangsung pada 30 Januari 2022 yang lalu.

BACASenarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2021

Nampaknya bukan Raya sahaja tiba-tiba berlaku pada tahun ini sehinggakan impaknya masih dirasai sehingga ke hari ini, AME2021 juga diumumkan penganjuran secara tiba-tiba sehingga memperkenalkan tagline tambahan iaitu #TetibaAME2021

Bukan itu sahaja, edisi kali ini buat julung kalinya Anugerah MeleTOP ERA dianjurkan dalam bulan Syawal. Oleh itu, pastinya pihak MeleTOP akan membariskan persembahan berkonsepkan Hari Raya khusus untuk semua peminat dan penonton.

Pada malam anugerah tersebut, jika sebelum ini hanya diumumkan hanya melibatkan 2 gandingan pengacara tetapi kali ini ditambah seorang lagi yang kini menjadi 3 iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad.

Untuk senarai calon TOP 5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 juga telah telah dikeluarkan dan undian juga telah dibuat yang dibuka bermula 14 Disember 2021 sehingga tarikh tutup iaitu pada 30 Januari 2022 dengan melibatkan 16 kategori yang dipertandingkan disamping 3 anugerah utama.

Tiga Anugerah Utama tersebut ialah Artis TOP TOP MeleTOP (Lelaki), Artis TOP TOP MeleTOP (Perempuan) dan Artis TOP TOP MeleTOP (Grup/Duo).

Kemeriahan AME2021 Dengan Persembahan

Acara kemuncak 'AME 2021' bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh angkatan penyanyi tersohor yang mewakili generasi legend dan 'BBNU' seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Search, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Dolla

Selain itu, terdapat juga persembahan daripada Wany Hasrita, Han Byul, Yonnyboii dan Zynakal, MK K-Clique, De Fam, Bunga, Amir Masdi, Usop, Tajul, Afieq Shazwan, Asyraf Nasir serta ramai lagi.

Manakala bagi barisan penyampai anugerah terdiri daripada Kamal Adli, Uqasha Senrose, Faizal Hussein, Rozita Che Wan, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan lain-lain.

Konsert Tirai AME2021

AME2021 akan dibuka dengan ‘Konsert Tirai AME 2021’ yang dihoskan oleh personaliti ERA; Danial Zaini dan Isha Norsham yang ditayangkan pada jam 8.30 malam. Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Isaac Voo IN2IT, Ara Johari, Wany Kayrie, Aisya Retno, Aweera, Fieya Julia serta Yazid Izaham dan ramai lagi.

Jadi jangan lupa untuk saksikan malam kemuncak Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021) pada 29 Mei 2022, hari Ahad pada pukul 9.00 malam di Astro Ria 104 atau strim di Astro Go.

Post a Comment

Previous Post Next Post