ShopeeFood Kini Sudah Sampai Di Pulau Pinang

ShopeeFood Kini Sudah Sampai Di Pulau Pinang

Berita baik kepada orang Pulau Pinang apabila pihak Shopee telah mengumumkan perkhidmatan hantaran makanan ShopeeFood kini dilancarkan secara di Pulau Pinang.

Jadi selepas ini, lebih banyak pilihan yang boleh digunakan oleh orang Penang bagi pesan makanan yang mana akan dihantar terus ke pintu rumah anda tanpa anda perlu keluar dan beli sendiri di kedai.

Selepas ini, segala makanan, pencuci mulut dan hidangan kegemeran anda kini sentiasa ada hanya ada di hujung jari anda. Boleh menggunakan aplikasi yang sama iaitu Shopee sahaja.

Tawaran Lebih Diskaun ShopeeFood Di Pulau Pinang

Jadi sempena ShopeeFood yang kini sudah beroperasi di Pulau Pinang, Shopee akan menawarkan pelbagai diskaun hebat untuk setiap pengguna dengan tawaran potongan sehingga 50%.  Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapatkan free deliver atau penghantaran percuma tanpa pesanan minima.

Anda boleh gunakan kod PENANGSF30 atau PENANGFREEDEL bermula 1 hingga 7 Jun 2022 sebelum buat pesanan bagi mendapatkan harga yang lebih murah.

Diskaun ShopeeFood di Pulau Pinang

Cara Guna Baucer Diskaun ShopeeFood Di Pulaun Pinang

Selain daripada kod baucer yang diberi, anda juga boleh tebus banyak lagi baucer yang ditawarkan. Anda boleh dapatkan kesemua buacer diskaun ShopeeFood DISINI dan gunakan untuk buat pesanana makanan anda. Caranya

  1. Claim atau tebus baucer diskaun dan baucer free delivery dan klik 'Order Now'
  2. Kemudian masukkan alamat rumah anda untuk penghantaran
  3. Kemudian pilhi restoren dan makanan yang anda kehendaki
  4. Checkout dan gunakan baucer tersebut (1 baucer makanan + 1 baucer free delivery)
  5. Buat bayaran seperti biasa dan tunggu sehingga rider ShopeeFood hantar makanan anda tersebut.

Setakat ini, ShopeeFood telah berada di Lembah Klang dan Johor Bahru. Pastinya Shopee akan meluaskan perkhidmatan mereka ke lebih banyak lokasi di seluruh Malaysia pada masa akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post