Lokasi Mr DIY Plus Yang Kini Sudah Dibuka Untuk Orang Ramai

Lokasi Mr DIY Plus Seluruh Malaysia

Bayangkan macam mana bila Mr Toys, Mr. Dollar dan Mr DIY dihimpunkan dalam satu bumbung dimana kini dikenali sebagai Mr DIY Plus yang mana kini sudah dibuka untuk orang ramai.

Mr DIY sebelum ini pernah memperkenalkan beberapa konsep cawangan yang berbeza mengikut sasaran pengguna seperti Mr Toy lebih kepada barangan mainan dan Mr Dollar dengan barangan harga tetap iaitu RM2 dan RM5 untuk semua produk.

Kali ini, syarikat barangan dan keperluan harian ini sepertinya memperkenalkan satu la konsep cawangan yang baru iaitu menerusi Mr. DIY Plus.

Sepertinya Mr. DIY Plus memperlihakan keluasan premis atau kedai yang lebih besar jika dibandingkan dengan cawangan Mr. DIY biasa yang kita lihat. Dengan itu, pelbagai ruang yang disediakan dengan penawaran pilihan produk yang lebih banyak.

Mr DIY Plus Lebih Besar

Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai ruang pameran untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pengguna sebelum dapatkan barangan yang diingin pada ruang yang telah ditetapkan.

Macam IKEA dah ni weh!

Mungkin kita boleh simpulkan, disinilah akan berlakunya himpunan barangan Mr. Toys dan Mr. Dollar. Ada barangan keperluan harian, barangan diri, mandian, makanan, mainan, barangan penjagaan rumah, tempat kerja dan pelbagai lagi.

Lokasi Cawangan Mr DIY Plus Seluruh Malaysia

Cawangan pertama Mr. DIY Plus telah dibuka pada 19 Mei 2022 dan ianya merupakan cawangan yang ke 850 untuk jenama Mr DIY. Setakat ini hanya satu cawangan sahaja baru dibuka.

Kuala Lumpur

MidValley Megamall Kuala Lumpur
T-012 & T-123A, Tingkat 3, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur.

Buat masa ini, hanya cawangan ini sahaja dibuka dan dijangka akan diperluaskan di beberapa lokasi lain seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

Post a Comment

Previous Post Next Post