Cara Topup ShopeePay Di 7-Eleven Secara Cash

Cara Topup ShopeePay Di 7-Eleven Secara Cash

ShopeePay antara eWallet yang kini banyak digunapakai di mana-mana premis perniagaan dimana anda boleh buat bayaran secara tanpa-tunai dengan hanya menggunakan aplikasi sahaja.

Kebiasaanya, jika anda mempunyai akaun Shopee, pasti anda ada juga memiliki akaun eWallet ShopeePay tersebut sama ada anda menggunakan bayar di kedai-kedai atau beli barang terus daripada shopee dengan menggunakan shopeepay.

Disebabkan ianya adalah eWallet, jadi untuk menggunakannya, anda perlu topup akaun anda tersebut. Shopee menyediakan pelbagai kaedah untuk anda topup yang kebanyakkannya secara online iaitu perbankan internet, kad debit atau kad kredit.

Tapi macam mana pula jika anda ada tunai atau cash ditangan tapi anda ingin topup Shopeepay anda menggunakan duit tersebut? Ya, Shopee ada menyediakan satu kaedah lagi dimana anda boleh topup Shopeepay dengan cash iaitu di kedai serbaneka, 7-Eleven.

Cara Topup ShopeePay Di 7-Eleven

Sebenarnya ada 2 lokasi yang disediakan dengan pembayaran tunai di kedai serbaneka iaitu sama ada topup di 7-Eleven atau KK Mart. Kedua-duanya mengenakan tatacara yang sama sahaja. Jangan risau, perkhidmatan ini tidak dikenakan caj tambahan.

Jadi kaedah dibawah adalah cara topup Shopee di 7-Eleven sahaja. Anda boleh juga menggunakan kaedah yang sama dengan pembayaran di KK Mart.

Langkah 1
Anda masuk ke aplikasi Shopee (KLIK SINI) dan klik pada ikon "ShopeePay"

Langkah 2
Kemudian pada halaman tersebut, anda klik pada "Top Up"

Cara Topup ShopeePay Di 7-Eleven Secara Cash

Langkah 3
Pada bahagian "One-time Top Up", anda pilih mana-mana jumlah yang anda ingin topup atau anda boleh sahaja masukkan nilai pada bahagian RM tersebut.

Kemudian, pada bahagian "Payment > pilih Cash Payment at Convenienve Stores - Cash Payment at 7-Eleven" dan akhir sekali klik "Confirm"

Cara Topup ShopeePay Di 7-Eleven Secara Cash

Langkah 4
Jika sudah lengkap semua, anda klik butang "Pay Now". Akan diberikan satu "Transaction ID" yang mana anda perlu pamerkan di kedai 7-Eleven ketika ingin buat bayaran untuk topup ShopeePay

Langkah 5
Kemudian anda pergi ke mana-mana cawangan 7-Eleven dan pergi pada kaunter bayaran dan bagi tahu nak topup ShopeePay.

Staff tersebut akan scan barcode tersebut dan anda boleh buat bayaran secara cash seperti biasa. Wang tersebut akan masuk terus ke akaun ShopeePay anda serta merta.

Cara Topup ShopeePay Di 7-Eleven Secara Cash

Anda perlu ingat, barcode yang diberi tersebut hanya valid atau sah untuk tempoh 48 jam sahaja. Jika tidak dibuat bayaran selepas tempoh tersebut, topup anda tersebut akan dibatalkan secara automatik.

Jadi lepas ni, kalau anda ada cash ditangan, boleh la masukkan duit ke akaun ShopeePay dan boleh shopping di Shopee kan. Lebih mudah.

Post a Comment

Previous Post Next Post