Beli Barangan ECO, MR DIY, Daiso Dan Banyak Lagi Di Shopee


Berita baik untuk penggemar barangan kedai 2 ringgi, ECO Shop, Mr DIY, Daiso dan beberapa kedai serbaneka lain. Kini anda boleh sudah boleh beli secara online melalui platform Shopee tau. Lebih mudah 'duit lesap' lepas ni.

Sebelum ini, ramai cakap kedai-kedai seperti ini berhantu, mananya tidak, masuk nak beli 1 barang je, tapi keluar kedai macam-macam beli barang. Mungkin kerana harga yang berpatutan dan variasi barangan yang disediakan sangat banyak. Sebab itulah end up keluar kedai, macam-macam beli kan.

Ini dulu, kita terpaksa memandu dan pergi ke kedai serbaneka ini untuk dapatkan barangan tersebut. Antara kedai serbaneka yang popular seperti kedai 2 ringgit ECO Shop, Mr DIY, Daiso, yubiso, miniso dan banyak lagi kedai-kedai jepun sepertinya.

Untuk kedai-kedai ini, sekarang anda tak perlu lagi untuk pergi ke kedai fizikal tersebut, ini kerana anda kini boleh membeli terus secara online melalui platform Shopee tau. Pastinya lebih mudahkan. Nak beli dihujung jari sahaja.

Okeh jom kita tengok antara kedai serbaneka popular di Malaysia yang kini sudah menyediakan perkhidmatan pembelian secara online di Shopee

Kedai Online Serbaneka Di Shopee

Tapi anda kena tahu, setiap barangan online pastinya akan dikenakan caj postage atau penghantaran. Sebenarnya sama sahaja kalau anda beli di kedai. Anda kena memandu, guna duit minyak, bayar duit parking dan sebagainya. Di Shopee, boleh beli guna smartphone je kan.

1.  Eco Shop

eco shop shopee

Ini antara kedai yang menyediakan barangan murah iaitu serendah RM2.10 sahaja untuk 1 barang. Jangan risau, jika di kedai RM2.10, di Shopee juga semua barangan yang dijual juga menetapkan harga yang sama. Jadi anda perlu bayar caj postage sahaja. Setakat ini di kedai online, mereka telah menyenaraikan lebih 800 jenis barangan dengan pelbagai kategori. New arrival pun ada keh! Yang lagi menarik, rating kedai mereka sekarang 5/5 weh! Memang servis terbaik la kan. 

Jadi kalau anda malas untuk pergi ke kedai fizikal mereka, anda boleh beli secara online di Eco Shop Malaysia sahaja di Shopee.

2.  Mr DIY

dr diy shopee

Ini lagi sebuah kedai berhantu, masuk kedai nak beli 1 barang sahaja, end up keluar beli banyak barang iaitu di Mr DIY. Kedai yang menyediakan barangan hardware, barangan elektrik & kebun, alatan tulis, sukan, aksesori kereta sehinggalah barangan kosmetik dan permainan. Kira macam-macam la ada dengan tawaran harga yang murah dan berpatutan. Harga yang ditawarkan di Shopee pun sama sahaja dengan di kedai.

Kalau anda berminat, anda boleh terus pergi ke Mr DIY di Shopee Mall untuk dapatkan barangan kegemaran anda. 

3.  Daiso Japan

daiso shopee

Antara kedai serbaneka berasaskan barangan daripada Jepun adalah Daiso. Di sini juga terdapat pelbagai barangan unik yang anda tidak boleh dapat di kedai lain. Hanya ada disini sahaja. Tambahan lagi, kedai Daiso dimana-mana sahaja menawarkan barangan dengan harga RM5.90 sahaja. Semua barang sama je. Di Shopee pun barangan yang dijual pun masih sama. Setakat ini terdapat lebih 500 barangan yang ditawarkan.

Malas nak pergi Daiso, nak masuk dalam Shopee dan bersesak-sesak masa musim COVID-19 ini, anda boleh terus beli secara online di Daiso Japan di Shopee Mall.

4.  Yubiso

yubiso shopee

Yubiso juga antara kedai serbaneka yang berasal dari Jepun tetapi di sini ianya lebih fokuskan kepada barangan fashion dengan pastinya harga rendah dan berpatutan. Di sini anda boleh dapatkan barangan permainan, barangan mandi, air botol, barangan dapur, skin care dan macam-macam lagi. Barangan Jepun, pastinya unik dan tidak terdapat di kedai-kedai lain.

Berminat? Boleh terus pergi ke Yubiso Official Store melalui Shopee Mall dan shopping la sepuas-puasnya. Dah ada lebih 900 jenis barangan tau.

5.  Miniso

miniso shopee

Ini lagi sebuah kedai berasaskan barangan Jepun yang menjual barangan comel untuk anda dapatkan untuk keperluan harian. Di sini ada di jual minyak wanti, tudung, snek, barangan elektrik, kesihatan dan macam-macam lagi. Paling best, Miniso sekarang ada bekerjasama dengan Marvel, jadi banyaklah barangan berasaskan MARVEL dijual disini. Semua comel-comel dan rasa nak beli semua je.

Jika berminat, jangan lupa pergi ke Miniso Malaysia Official di Shopee Mall. Setakat ini terdapat 601 barangan yang dijual disini.

6.  Hinode Shop 

hinode shop shopee

Hinode Shop juga banyak terdapat di dalam shopping mall di seluruh Malaysia. Antara kedai serbaneka yang menjual pelbagai barangan seperti barangan dapur, permainan, minyak wangi, aksesori pakaian, beg wanita dan banyak lagi. Barangan yang ditawarkan setakat ini adalah sebanyak 158 jeni barangan. 

Jika anda berminat dengan barangan mereka, boleh dapatkan di Hinode Shop melalui platform Shopee Mall sekarang. 

7.  Muji Official Store


Antara kedai serbaneka yang popular daripada Jepun. Ianya ada menjual pakaian, barangan rumah, makanan dan banyak lagi. Muji dalam bahasa Jepun bermaksud 'Kualiti baik, tapi tiada jenama'. Jadi biasanya, anda akan dapati barang mereka tiada jenama tetapi menyediakan barangan yang berkualiti sama seperti jenama besar lain. Pastinya akan memuaskan hati pelanggan.

Nak shopping online untuk beli barang Muji, boleh terus ke Muji Official Store di Shopee Mall sekarang.

Antara kedai serbaneka lain pula seperti dibawah:

8.  Shojikiya Malaysia

shokijiya shopee

9.  Okashi World/Nimaco

Okashi World/Nimaco shopee

10.  KOMONOYA

KOMONOYA shopee

Post a Comment

Previous Post Next Post