Cara Renew Passport Secara Online

Cara Renew Passport Secara Online

Tahukah anda, bermula 11 Mei 2022, operasi pembaharuan atau renew pasport adalah secara online sahaja. Jadi anda boleh ikuti langkah dan cara renew passport disini.

MyOnline Pasport merupakan satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat pembaharuan atau renew Pasport Malaysia secara online atau atas talian melalui internet. Sekali gus, pemohon boleh buat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Walaubagaimanapun, pengecualian diberi kepada permohonanan kali pertama, warga emas, OKU, kanak-kanak, kes kehilangan dan kerosakan sahaja. Jadi anda boleh datang ke mana-mana cawangan Imigresen dan UTC berdekatan dengan anda.

Syarat Pembaharuan Pasport Malaysia

Berikut merupakan syarat-syarat bagi pembaharuan MyOnline Pasport

  1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip)
  2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem
  3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, mestila penjaga yang sah dibenarkan untuk membuat permohonan secara atas talian. Hanya penjaga yang sah dibenarkan untuk hadir ke pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut.
  4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaru
  5. Pemohon perlu hadir sendiri untuk ambil pasport dengan bawa kad pengenalan, pasport lama dan resit bayaran. Wakil tidak dibenarkan
  6. Pasport lama mestilah dalam keadaan baik

Harga Renew Pasport Malaysia

Pihak Imigresen telah menetapkan harga bagi pembaharuan pasport Malaysia untuk 5 tahun terus.. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX)

  • Permohonan Biasa 13 - 59 tahun = RM200
  • Warga Emas 60 tahun keatas = RM100

Antara Sebab Kenapa Permohonan Tidak Boleh Dilaksanakan Secara Online

Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej 'Sila Rujuk Pejabat Imigresen', ini bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan perkara berikut:

  • Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula. Jadi anda perlu datang ke kaunter
  • Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang dimaklumkan dalam laman web MyOnline Pasport
  • Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem

Cara Upload Gambar Pasport

Bahagian paling penting ketika renew pasport adalah berkenaan foto atau gambar anda. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat dan spesifikasi yang ditetapkan iaitu:

  • Latar belakang foto mesti berwarna putih tanpa bayang. Warna lain tidak diterima
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Untuk perempuan yang memakai tudung mesti tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy dan bukan gambar polaroid
  • Anda boleh rujuk gambar contoh untuk keterangan lanjut berkaitan saiz atau dimesin gambar.

Gambar Contoh Renew Passport Secara Online

Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses yang pastinya menyebabkan kelewatan semasa pengambilan passport. Mungkin kena tangkap gambar semula di kaunter. Kena beratur panjang.

Cara Mohon Renew Pasport Malaysia

Jadi jom kita tengok cara renew passport online

Cara Renew Passport Secara Online

  1. Pergi laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?passportPMA dan klik 'SETUJU'
  2. Kemudian isi semua maklumat seperti no dokumen, jenis dokumen,no kad pengenalan dan paling penting pilih pejabat untuk anda ambil pasport tersebut nanti. Untuk rujukan, anda boleh tengok pada pasport lama anda. Lebih mudah urusan anda.
  3. Kemudian anda perlu upload atau muatnaik gambar mengikut spesfikasi yang ditetapkan
  4. Akhir sekali jika sudah, boleh buat bayaran dengan menggunakan kaedah yang ditetapkan

Bila Boleh Pasport Baru?

Tarikh dan masa pengambila pasport baru akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat. Akan dimaklumkan menerusi emel.

Datang ke pejabat pengeluar pasport seperti yang dimohon sebelum dan pastikan bawa kad pengenalan, pasport lama dan resit bayaran.

Jika tiada emel diterima, selepas 5 hari bekerja boleh datang terus ke Pejabat Imigresen yang dipohon. Mereka akan proses terus.

Semakan Status Permohonan

Selain itu, anda juga boleh buat semakan status permohonan pasport Malaysia di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?pertanyaanStatusPMA

Untuk info lanjut berkaitan Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), anda boleh rujuk di laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di imigresen-online.imi.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post