Senarai Harga Gift Di TikTok. Ada Lagi Mahal Daripada Gift Singa Lion

Senarai Harga Gift Di TikTok

Tahukah anda dengan TikTok pun kita boleh jana pendapatan sampingan atau boleh buat duit. TikTok ada memperkenalkan satu ciri iaitu Gift TikTok.

Mungkin di platform seperti Youtube dan Blogger, pengguna jana pendapatan daripada pengiklanan Adsense iaitu melalui iklan yang terpapar tetapi tidak seperti di TikTok dimana tiada pun iklan-iklan sedemikian.

TikToker jana pendapatan adalah daripada pemberian daripada pengguna yang lain menerusi gift yang dijual oleh TikTok sendiri. Ianya bertujuan bagi penghargaan kepada content creator tersebut. Mungkin anda rasakan kandungan TikTok nya menarik dan ingin beri 'tips', jadi anda boleh gunakan gift tersebut.

Nilai & Cara Beli Gift Guna Coins TikTok

Untuk dapatkan gift tersebut, anda perlu beli coins terlebih dahulu. Anda perlu 'Recharge' dengan buat pembayaran minima 16 coins dengan harga RM1.09. (1 coins ~ 7 sen)

Pembayaran boleh dibuat dengan pelbagai platform seperti kad debit atau kredit, FPX iaitu perbankan online, bayar tunai di TikTok, Touch 'n Go eWallet, ShopeePay dan banyak lagi.

Jadi selepas buat pembelian, anda akan peroleh Coins. Dengan coins tersebutlah, anda boleh beli gift yang ada dijual dan dengan itu juga, anda boleh beri atau hadiahkan kepada mana-mana TikTokers yang anda rasa minat dengan content yang disediakan.

Ini merupakan senarai harga coins yang anda boleh beli bermula dengan harga serendah RM1.09 (16 coins), RM4.74 (70 coins), RM47.39 (700 coins) sehinggalah RM1.184.15 (17500 coins)

Cara Beli Gift Guna Coins TikTok

Senarai Harga Gift TikTok

Sebelum ini kita digemparkan dengan seorang Tiktoker Sultan Pemurah apabila memberi atau menghadiahkan gift iaitu Gift Lion dimana ianya berharga 29,999 coins kepada Ryan Bakery. Jika dihitung, harga Gift Lion tersebut lebih kurang RM2000 (~RM2099).

Jadi pada hari tersebut, Ryan Bakery buat live, beliau dapat gift Singa berharga RM2000 untuk satu malam sahaja. Contoh lain, nilai gift Swan 699 coins bersamaan ~RM49. Neelofa dapat gift ni kan masa live.

Nilai gift di Tiktok berbeza iaitu masa buat Live atau di komen video. Live lebih menawarkan nilai gift yang lebih besar berbanding di komen. Untuk melayakkan anda mula menerima gift, pastikan anda sudah mempunyai sekurang-kurangnya 1000 followers.

Tetapi sebenarnya, selain gift Lion, ada lagi gift yang lebih mahal. Jadi jom kita tengok senarai gift yang ada disediakan di TikTok Live dan TikTok Komen. Boleh dapatkan gift TikTok murah disini.

Gift TikTok Live

Gift TikTok Live

Gift TikTok Live

Gift TikTok Live

Gift TikTok Live

Gift TikTok Live

Gift TikTok Komen

Gift TikTok Komen

Berbaloi dan menarik kan kalau dapat gift TikTok ni. Ramai yang pemurah tau. Jadi jika anda berminat untuk mula buat duit di TikTok, anda boleh daftar sekarang DISINI dan jangan lupa masukkan kod BE29105358

Post a Comment

Previous Post Next Post