Filem JAGA-JAGA SENARIOUNION Di Astro First

Filem JAGA-JAGA SENARIOUNION Di Astro First

Kumpulan pelawak legend Malaysia, Senario kini kembali dan berkumpul dalam sebuah filem berjudul Jaga-Jaga Senariounion (JJS) yang akan menemui penonton mulai 21 April 2022 di saluran Astro First.

Rasanya siapa sahaja yang tak pernah tonton filem trilogi Senario lagi sebelum ini yang menjadi antara filem yang telah mengangkat kumpulan Senario yang masih diterima sehingga kini.

Setiap lontaran dialog, bahasa badan yang disampaikan ketika itu menjadi evergreen sehingga sekarang. Dengan identiti tersendiri yang ditampilkan bagi setiap watak yang pastinya dapat menggelikan hati daripada lawak-lawak bersahaja yang disampaikan.

Jadi dengan kemunculan semula ahli-ahli Senario kali ini iaitu Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Ilya pastinya dapat mengubat rindu terutamanya buat peminat setia serta penonton yang menyaksikan JJS ini

Sinopsis Filem Jaga-Jaga Senariounion

Filem arahan Aziz M Osman ini bukan sahaja mengambalikan watak Senario tersebut tetapi kembalinya wajah-wajah yang pernah terlibat dengan filem-filem mereka seperti Syanie, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran, Amm Raja Lawak, Nur Farisha Amira dan ramai lagi.

Filem JAGA-JAGA SENARIOUNION Di Astro First

Filem ini bermula dengan kisah keluarga dan sahabat handai Datuk Hamdan berkumpul untuk menjadi pengiring bakal pengantin iaitu Amen (anak Datuk Hamdan) untuk acara akad nikah di rumah pengantin perempuan. Sebanyak 9 dulang hantaran bernilai RM50 ribu dibawa oleh pengiring. 

Ketika dalam perjalanan, tiba tiba kereta rombongan diserang perompak dan kesemua dulang hantaran telah disamun. Akhirnya rombongan Datuk Hamdan tiba dirumah pengantin perempuan dengan tangan kosong.

Ibu pengantin perempuan iaitu Syanie curiga dengan insiden tersebut dan bertegas untuk membatalkan acara akad nikah. Ketegangan berlaku. 

Muncul Saiful, seorang penyiasat insuran mengesyaki ada unsur sabotaj disebalik tragedi ini. Dia menghimpunkan kesemua mereka yang berkenaan. 

Dengan kebijaksaan, Saiful menyoal siasat kesemua mereka untuk mencari dalang yang sebenar. Siapakah yang merancang mencuri dulang hantaran dan kenapa?

Filem JAGA-JAGA SENARIOUNION Di Astro First

Untuk ketahui kesudahannya, anda boleh langgan filem Jaga-Jaga Senariounion (JJS) mulai 21 April 2022 di Astro First.

Untuk melanggan, boleh pergi ke saluran 480 atau juga boleh strim secara On Demand atau di Astro Go dengan harga RM15 untuk tempoh 48 jam dengan tontonan secara berulang-ulang.

Post a Comment

Previous Post Next Post