Cara Buat Rayuan Haji Secara Online Menerusi Aplikasi THiJARI

Cara Buat Rayuan Haji Secara Online Menerusi Aplikasi THiJARI

Selain daripada menunggu giliran bagi panggilan Haji, anda juga boleh buat rayuan tunai haji menerusi permohonan rayuan haji yang dibuka dalam beberapa hari setiap tahun selepas diumumkan oleh pihak Tabung Haji.

Dengan cara ini, penggiliran anda mungkin menjadi lebih singkat jika rezeki membenarkan selepas permohonan rayuan dibuat. Tetapi mestilah mengikut kriteria yang ditetapkan bagi membuat permohonan rayuan tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji, kuota haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia bagi Musim Haji 1443H/2022 ialah sebanyak 14,306 orang jemaah.

Syarat Layak Buat Rayuan Haji

  1. Semua pendeposit TH
  2. Telah mendaftar haji
  3. Telah mendaftar THiJARI (hanya pendeposit akaun dewasa iaitu 18 tahun ke atas sahaja boleh mendaftar THiJARI

Jika anda memenuhi syarat-syarat berikut, anda boleh buat permohonan rayuan tunai haji dalam tempoh yang ditetapkan.

Ikuti langkah-langkah seperti dibawah

Tarikh Rayuan Tunai Haji

Permohonan Rayuan Tunai Haji bagi tahun 2022/1443H boleh dibuat bermula 19 April (17 Ramadan 1443H) sehingga tarikh tutup iaitu 18 Mei 2022 (16 Syawal 1443H).

Kategori Rayuan Tunai Haji

Terdapat banyak kategori yang membolehkan anda buar rayuan tunai haji. Ianya adalah seperti berikut:

  • Suami menjadi mahram kepada isteri terpilih
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)
  • Isteri mengikut suami terpilih
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)
  • Isteri mengikut suami dan madu terpilih
  • Bakal haji orang kurang upaya (OKU)
  • Bakal haji muallaf
  • Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
  • Bakal haji daftar lama
  • Lain-lain rayuan seperti
    • Wang bayaran haji telah mencukupi
    • Tahap kesihatan yang baik
    • Giliran menunggu yang lama (lebih 10 tahun)
    • Mengikut ahli keluarga yang menunaikan haji
    • Telah banyak kali membuat rayuan haji
    • Pernah tunai haji semasa kanak-kanak dan banyak lagi

Anda boleh pilih kategori mana yang bersesuai dengan situasi anda bagi permohonan rayuan tunai haji tahun ini.

Cara Buat Permohonan Haji Menggunakan THiJARI

THiJARI untuk mohon rayuan tunai haji

Pendeposit atau anda boleh buat rayuan tunai haji secara online iaitu menerusi THiJARI. Pastikan anda sudah daftar akaun tersebut. Tutorial permohonan ini hanya menggunakan aplikasi sahaja

  1. Anda boleh mohon menerusi laman web THiJARI iaitu www.thijari.com.my atau menggunakan aplikasi THiJARI [Play Store | App Store]
  2. Login seperti biasa menggunakan ID Pengguna dan kata laluan anda
  3. Kemudian klik pada “Menu” dan pilih “Perkhidmata Haji”
  4. Pilih “Permohonan Rayuan Haji” dan klik Berikutnya dan tekan “Saya Faham” selepas membaca kategori dan garis panduan yang ditetapkan
  5. Pilih kategori yang sesuai dengan rayuan anda pada bahagian “Kategori Rayuan Haji”
  6. Sebagai contoh pada “Lain-Lain Rayuan”, anda boleh pilih kategori lain lagi. Jadi anda hanya perlu tandakan mana yang berkaitan. Jika sudah klik Berikutnya
  7. Kemudian akan dipaparkan rumusan permohonan dan beberapa soalan tambahan. Tandakan pada petak yang berkaitan Samada YA atau TIDAK
  8. Akhir sekali, lafaz akad (Perakuan Istito’ah) dan klik Hantar
  9. Selesai. Rayuan anda kini sedang diproses

Ingat, rayuan tunai haji hanya boleh diabut sekali sahaja bagi setiap musim dan ianya mesti dibuat mengguanakan perkhidmatan THiJARI sahaja.  Tiada rayuan di cawangan TH.

Selain itu, pendeposit atau anda tidak perlu lagi buat rayuan tunai haji secara bertulis selepas membuat rayuan secara online kerana telah ada rekod dalam system.

Dokumen Sokongan

Sekiranya anda perlu mengemukakan dokumen sokongan, terlebih dahulu anda perlu sahkan dokumen tersebut sebelum dihantar ke Pejabat TH. Dokumen sokongan adalah mengikut kategori berikut:

  • Suami menjadi mahram kepada isteri terpilih
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)
  • Isteri mengikut suami terpilih
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)
  • Isteri mengikut suami dan madu terpilih
  • Bakal haji orang kurang upaya (OKU)
  • Bakal haji muallaf

Semak Keputusan Rayuan Tunai Haji

Anda akan dimaklumkan keputusan rayuan melalui paparan pengesahan rayuan tunai haji yang boleh dimuat turun dan dicetak serta emel daripada THiJARI

Untuk info lanjut berkaitan Rayuan Tunai Haji, anda boleh rujuk pautan Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/soalan-lazim/rayuan-haji

Post a Comment

Previous Post Next Post