Senarai Lebuhraya Dengan Laluan Tol Yang Menggunakan Sistem RFID

Senarai Laluan Tol Dengan Sistem RFID

Selain daripada pembayaran menggukan kad Touch 'N Go, Smart Tag dan Paydirect, kini orang ramai boleh menggunakan satu lagi kaedah bayaran baru iaitu RFID.

Dengan kaedah ini, jika berfungsi dengan baik ianya pasti dapat mengurngkan lagi tempoh masa terutamanya ketika buat pembayaran di plaza tol.

Penggunaanya juga mudah berbanding kaedah lain dimana ianya pengguna hanya perlu mempunyai pelekar RFID dan ianya perlu dipasang atau dilekat pada kenderaan sahaja.

Jadi ketika anda lalu di tol, anda hanya perlu lalu di laluan tol RFID yang disediakan dan pembayaran akan dibuat secara automatik dan seterusnya palang akan diangkat.

Dapatkan RFID Sekarang

Anda boleh dapatakn pelekar RFID dengan harga yang ditawarkan iaitu RM35 dan seterusnya mengantifkannya di aplikasi Touch n Go eWallet sahaja. Segala tambah nilai baki akaun selepas ini boleh dilakukan secara online sahaja menerusi aplikasi tersebut.

Anda boleh beli di aplikasi Touch 'n Go eWallet sendiri atau menerusi pautan Shopee TnG Official atau beli disini dan pelekat RFID akan dihantar terus ke rumah anda.

Senarai Laluan Tol Yang Menggunakan Sistem RFID

Kaedan pembayaran RFID ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan plaza tol tanpa palang di masa hadapan iaitu menjelang penghujung 2023.

Jadi setakat ini, sudah beberapa lebuhraya yang telah menyediakan laluan tol RFID di seluruh Malaysia. Berikut merupakan senarai yang disediakan untuk kemudahan anda.

Lebuhraya Utara

  • Butterworth Outer Ring Road (BORR)
  • Jambatan Kedua Sdn. Bhd.
  • Penang Bridge Sdn. Bhd.
  • Butterworth Kulim Expressway (BKE) North South Expressway (Jitra & Hutan Kampung - Sungai Dua Stretch)

Lembah Klang

  • New Klang Valley Expressway (NKVE)
  • Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  • Besraya Expressway (BESRAYA)
  • Duta - Ulu Kelang Expressway (DUKE)
  • Guthrie Corridor Expressway (GCE)
  • Cheras - Kajang Highway (GRANDSAGA)
  • Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
  • Shah Alam Expressway (KESAS)
  • Kuala Lumpur - Kuala Selangor Expressway (LATAR)
  • Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS)
  • Damansara - Puchong Expressway (LDP)
  • Kemuning - Shah ALam Highway (LKSA)
  • Kuala Lumpur - Karak Expressway (KLK)
  • Maju Expressway (MEX)
  • New Pandai Expressway (NPE)
  • Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
  • Storm Management And Road Tunnel (SMART)
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • South Klang Valley Expressway (SKVE)
  • West Coast Expressway (WCE)

Lebuhraya Selatan

  • Senai - Desaru Expressway (SDE)
  • Lebuhraya PLUS
    • Tol Plaza Mambau
    • Tol Plaza Lukut
    • Tol Plaza Kempas
    • Tol Plaza Lima Kedai
    • Tol Plaza Perling
    • Tol Plaza Tanjung Kupang
    • Tol Plaza Bangunan Sultan Iskandar

Pastinya dari semasa ke semasa akan lebih banyak laluan tol yang akan menyediakan pembayaran RFID ini termasuk di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Jadi jangan lupa untuk rancang perjalanan anda sebelum mulakan pemanduan bagi perjalanan jauh atau mungkin balik Hari Raya. Pastikan baki RFID atau Touch 'n Go anda cukup

Jadi untuk anda ketahui info lanjut berkaitan sistem RFID ini, anda boleh layari laman web https://rfid.plus.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post