Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada Penjawat Awam Gred 56 Dan Ke Bawah

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada Penjawat Awam Gred 56 Dan Ke Bawah

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan dimana Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Manakala bagi Pesara Kerajaan, Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas ini sebanyak RM250 yang mana pembayaran akan dibuat dengan gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

Bantuan Khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Pengumuman Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri tahun ini dibuat lebih awal ini kerana bagi membantu khususnya penjawat awam membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Post a Comment

Previous Post Next Post