Cara Mohon Subsidi 50% Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS)

Cara Mohon Subsidi 50% Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS)

Melalui Bajet 2022 yang lalu, Kerajaan bersetuju untuk berikan subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Carseat) kepada Keluarga Malaysia yang layak sebagai tanda perihatin terhadap keselamatan jalan raya khususnya bagi kanak-kanak.

Melalui Program Subsidi CRS ini, ibubapa boleh mohon dapatkan bantuan subsidi 50% atau maksimum RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak di wakil penjual yang ditetapkan melalui program ini.

Berapa Subsidi Yang Diperoleh

Melalui Program Subsidi CRS ini, penerima boleh menerima 2 jenis subsidi iaitu

  • Harga RM300 dan ke bawah, akan menerima subsidi 50%
  • Harga RM301 dan ke atas, akan menerima subsidi RM150

Contoh 1

Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM250 selepas menerima pengesahan kelayakan subsidi. Potongan harga adalah sebanyak 50% (subsidi 50%), maka Sarimah hanya perlu membayar RM125 sahaja sebagai harga akhir.

Contoh 2

Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400. Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150, maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut

Siapakah Yang Layak Menerima Subsidi CRS ini?

Antara mereka yang layak untuk menerima subsidi CRS ini ialah

  • Mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun
  • Warganegara yang menetap di Malaysia
  • Anak angkat mestilah yang berdaftar dengan JPN
  • Satu keluarga hanya layak menuntut rebat untuk satu CRS sahaja
  • Terhad kepada 188,000 penerima sahaja

Cara Penebusan Subsidi Pembelian CRS

Cara Mohon Subsidi 50% Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS)

Anda boleh mula buat penebusan Subsidi Pembelian CRS ini bermula 1 Mac 2022 dan boleh buat semakan keputusan bermula 1 April 2022 dengan cara:

1)  Semak syarat kelayakan (seperti diatas) sebelum membuat permohonan

2)  Boleh buat permohonan secara online di pautan www.mycrs.gov.my

3)  Pemohon yang layak boleh menebus subsidi melalui pembelian dengan penjual bertauliah seluruh Malaysia yang disenaraikan di laman sesawang dengan harga rebat

4)  Setelah menerima CRS tersebut, anda boleh menggunakannya setiap masa bersama anak anda ketika berada di dalam kenderaan.

Cara Semak Keputusan MySCRS

Selepas membuat permohonan, anda boleh semak status atau keputusan menerusi laman web www.mycrs.gov.my/orangawam/check

Akan dipaparkan status permohonan anda sama ada lulus atau sebaliknya

Tempoh Sah Subsidi CRS

Tempoh sah tuntutan subsidi adalah selama dua (2) bulan daripada tarikh permohonan anda berjaya. Walaubagaimanapun, digalakkan membuat pembelian awal kerana subsidi ini atas dasar siapa cepat dia dapat.

Ini kerana kuota pembelian subsidi adalah terhad kepada 188,000 penerima. Oleh demikian, pemberian subsidi adalah bergantung kepada tarikh dan masa pembelian, BUKAN pada tarikh pendaftaran.

Soalan Lazim

1)  Adakah saya layak menuntut sekiranya tempoh sah subsidi saya tamat?

Anda masih layak dengan membuat permohonan semula sebelum 30 September 2022 dan perlu dituntut pada atau sebelum 31 Oktober 2022.

2)  Saya dijangka akan melahirkan anak pada tahun 2022, adakah saya boleh memohon subsidi melalui sistem ini?

Anda boleh memohon tuntutan subsidi untuk anak yang baru dilahirkan sebelum 1 Oktober 2022 dengan mengemukakan bukti kelahiran anak yang dilahirkan dalam tahun 2022 dan bukti yang anda juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan mengemukakan emel kepada mycrs@miros.gov.my

Untuk info lanjut, boleh rujuk di pautan www.mycrs.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post