Cara Mohon Tempahan Berbuka Puasa Di Padang MBK 1, Kuantan

Cara Mohon Tempahan Berbuka Puasa Di Padang MBK 1, Kuantan

Setiap kali Ramadan akan menjadi tradisi orang Kuantan terutamanya akan berbuka puasa beramai-ramai di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK 1) di tengah-tengah bandar tersebut.

Anda boleh dapatkan juadah berbuka puasa yang dijual di Bazar Ramadan Taman Kerang tu dan bawa makanan tersebut ke tengah padang dan berbuka puasa bersama rakan-rakan atau bersama keluarga.

Tetapi tradisi ini tidak dapat diadakan untuk 2 tahun sebelum ini apabila negara dilanda wabak Covid-19 dan Kuantan, Pahang juga tidak terkecuali dengan 'bencana' tersebut.

Jadi pihak Kerajaan Negeri dengan arahan KKM dan MKN tidak membenarkan himpunan beramai-ramai di suatu tempat seperti yang berlaku di padang MBK 1 tersebut kerana kebiasaanya akan ramai orang.

Saban hari kian menanti, kini Kerajaan telah mengumumkan Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April 2022 dan sudah banyak SOP yang kini telah dilonggarkan yang antaranya adalah membenarkan perhimpunan ramai tetapi dalam keadaan terkawal.

Dengan itulah, pihak Majlis Bandaraya Kuantan telah membuat keputusan untuk membenarkan kembali tradisi berbuka puasa beramai-ramai di padang MBK 1.

Tetapi demi menjaga SOP dan tidak ingin berlaku penularan lagi, ada sedikit perubahan yang dibuat oleh pihak majlis dimana anda perlu mohon tempahan terlebih dahulu untuk berbuka puasa di padang tersebut.

Ya! anda perlu mohon tapak yang disediakan di Padang MBK 1 tersebut secara online. Jadi anda perlu tahu dahulu syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak MBK

Syarat Permohonan Tapak Berbuka Puasa Padang MBK 1, Kuantan

Berikut merupakan syarat permohonan atau SOP yang ditetapkan

1)  Warganegara Malaysia

2)  Dikehendaki membuat imbasan Kod QR MySejahtera

3)  Hanya dibuka kepada pengunjung yang telah lengkap pengambilan vaksin

4)  Pemohon hanya dibenarkan untuk berbuka di nombor lot yang telah ditetapkan/diluluskan

5)  Membawa tikar/alas sendiri

6)  Kawasan berbuka puasa yang dibenarkan hanyalah di Padang MBK 1 sahaja

7)  Kapasiti atau lot yang disediakan untuk berbuka adalah sebanyak 140 ruangan. 1 lot dibenarkan untuk 1 keluarga (1 nama tempahan) dengan saiz 20' x 20' (Dianggarkan boleh muat seramai 12 orang)

Cara Mohon Tempahan Berbuka Puasa Di Padang MBK 1, Kuantan

8)  Tempoh masa yang dibenarkan adalah dari jam 6.00 petang hingga 8.30 malam

9)  Pintu masuk bersebelahan Menara Jam dan lima laluan keluar adalah secara sehala

10)  Pengunjung adalah bertanggungjawab untuk memastikan kawasan tempat berbuka bersih tanpa sebarang sampah selepas selesai aktiviti berbuka puasa

11)  Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun dan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas adalah tidak digalakkan

Cara Mohon Tempahan Secara Online

Jadi untuk berbuka puasa di Padang MBK 1, anda terlebih dahulu perlu buat temujanji atau permohonan secara 'online booking' melalui aplikasi e-iftar di https://iftar.mbk.gov.my

Permohonan adalah percuma dan terus lulus yang tertakluk kepada kekosongan tapak. Anda boleh bebas memilih nombor tapak dan tarikh untuk berbuka puasa.

Cara Mohon Tempahan Berbuka Puasa Di Padang MBK 1, Kuantan

Sekiranya sudah buat tempahan tetapi tidak hadir selepas pukul 7.00 malam, tapak tersebut akan dibuka kepada peserta 'walk in' yang mana tertakluk kepada pertimbangan petugas.

Jadi dah siap berbuka puasa nanti, pastikan tempat bersih dari sampah dan jangan lupa untuk Solat Maghrib tau!

Lama dah tak datang sini!

Gambar : Majlis Bandaraya Kuantan & Bazaie Tuan Muda Puceceh

Post a Comment

Previous Post Next Post