Tips Untuk Elak Gaji 'Bocor' Setiap Bulan

Tips Untuk Elak Gaji Bocor Setiap Bulan

Tidak boleh tidak pastinya antara kita ramai yang sering menghadapi masalah kekurangan gaji setiap bulan. Tak tahu mana pergi atau 'bocornya' gaji tersebut.

Ianya bertambah masalah apabila terjadi kepada mereka terutamanya golongan berpendapatan rendah atau sederhana dan tentunya kepada orang muda.

Tapi walaupun anda sudah cecah umur 30-an, anda sebenarnya masih lebih terlewat untuk menabung dan menyelamatkan duit gaji anda tersebut.

Adalah lebih baik, sekiranya anda boleh buat simpana dan tabungan iaitu dengan mengasingkan 55 peratus wang untuk perbelanjaan dan 10 peratus untuk simpanan tetap.

Tidak boleh tidak, kena juga keluarkan perbelanjaan seperti sewa rumah, makan minum, utilitis, bulanan kereta dan mungkin sedikit untuk perbelanjaan hiburan.

Jadi disini, kami kongsikan tips untuk anda yang mungkin rasa gaji tak cukup setiap bulan kerana tiada persediaan dibuat dan mungkin ada sifat 'boros' dalam diri.

Tips Elak Gaji Sentiasa Tidak Cukup Setiap Bulan

Mungkin tips kewangan ini bersesuaian dengan anda untuk dijadikan sebagai rujukan supaya gaji yang anda peroleh pergi ke tempat yang sepatutnya.

1)  Buat Bajet Bulanan

Apabila gaji masuk, biasakan diri anda untuk mengasingkan terus wang bagi kegunaan perbelanjaan tetap seperti yang disebutkan diatas. Cara ini bagus kerana ia akan melancarkan lagi pengurusan wang anda. Sekurang-kurangnya, anda boleh memantau dan mengawal duit keluar dan masuk.

BACATips Perbelanjaan Dan Kewangan Bagi Golongan Pelajar

2)  Utamakan Barang Keperluan

Sekiranya anda mahu berbelanja, pertimbangkan dahulu sama ada barangan tersebut adalah barangan keperluan ataupun barang kehendak.

Ukurlah baju di badan sendiri. Beli barangan yang penting terlebih dahulu. Sekiranya anda mempunyai duit lebih, barulah anda membeli mengikut kehendak.

3)  Jangan Segan Untuk Membandingkan Harga

Jangan rasa malas untuk membuat perbandingan harga terutamanya bagi barangan yang bernilai tinggi. Contohnya, jika anda ingin membeli barangan elektrik, pastikan anda selidik harganya terlebih dahulu.

Tips Untuk Elak Gaji Bocor Setiap Bulan banding harga

Malah, penjual sendiri pun tidak akan marah jika anda ingin dapatkan maklumat tentang kelebihan barangan tersebut sebelum anda ingin membelinya. Lebih mudah, beli secara online anda boleh dapatkan barangan jauh lebih murah.

4)  Elak Membuat Pinjaman Peribadi

Jangan sesekali cuba membuat pinjaman peribadi tanpa sebab lebih-lebih lagi jika anda masih muda dan tidak mempunyai kerjaya tetap untuk membayar balik hutang.

Terdapat segelintir golongan muda yang tidak terfikir panjang dengan membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk tujuan melangsaikan hutang, membiayai majlis perkahwinan dan membeli barang yang tidak diperlukan sehingga ada yang diisyitiharkan muflis.

Jika anda menggunakan wang pinjaman untuk pembelian yang tidak penting, bimbang di kemudian hari nanti anda akan terbeban dengan banyak hutang, selain terpaksa menggunakan sebahagian besar wang anda hanya untuk membayar faedahnya sahaja.

5)  Hiduplah Secara Bersederhana

Sekali pun gaji anda sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan, namun gaya hidup yang terlalu boros dan suka membazir juga boleh menyebabkan wang gaji semakin menyusut.

Kurangkan mengunjung kafe hipster yang mahal atau membeli barangan atau pakaian berjenama hanya kerana anda ingin menunjuk-nunjuk.

6)  Jadikan 10 Peratus Sebagai Simpanan Tetap

Ini adalah duit simpanan tetap anda. Jadi, disiplinkan diri untuk menabung dari sekecil-kecil duit syiling sehinggalah sejumlah wang yang anda peruntukkan setiap hari.

Jangan ganggu duit simpanan ini, sebaliknya anda biarkan ia dan pejamkan mata. Anggaplah ia sebagai wang simpanan untuk keperluan anda di hari tua ataupun untuk hal-hal kecemasan sahaja.

Semoga tips ini sedikti sebanyak akan memberikan gambaran untuk anda supaya dapat menguruskan duit gaji anda lebih baik dimasa akan datang selepas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post