7 Persediaan Anda Perlu Buat Sebelum Memiliki Rumah

Persediaan Sebelum Memiliki Rumah

Mungkin anda rasa belum sampai masa lagi untuk anda beli aset seperti rumah kerana beberapa faktor. Tetapi adalah lebih baik anda pasang strategi dan buat persediaan sebelum mula dan memiliknya.

Kita pasti sedia maklum, membeli rumah memanglah memerlukan masa yang agak lama dan perlukan peracangan yang rapi tambahan pula rumah sekarang semua harga mahal-mahal kan.

Mungkin anda rasa macam dah lambat, takut rumah makin naik harga. Tapi jangan risau, sebenarnya anda masih belum terlambat. Anda sekarang dah boleh pasang strategi dan buat persediaan yang perlu seperti mana tips yang dikongsikan dibawah ini.

Antara Langkah Persediaan Sebelum Memiliki Rumah

Ingatlah rumah antara aset yang sangat susah untuk susut harga berbanding perkara lain seperti rumah. Anda beli tahun ini dengan harga RM200,000 dan mungkin jika anda jual pada tahun berikutnya dah naik sehingga RM300,000.

Strategi dan persediaan itu penting sebelum keluarkan duit dan bina komitmen bulanan terutamanya untuk sebuah rumah

1)  Wujudkan Kesedaran

Kesedaran tentang pemilikan hartanah sepatutnya bermula sejak tahun pertama anda di universiti. Jika lambat sedar, lambat-laun akan merugikan diri.

Bayangkan, adakah anda mahu selamanya duduk di rumah sewa sahaja?

2)  Simpan Duit Deposit Rumah

Perkara paling utama anda mewujudkan tabung simpanan deposit rumah. Cari jalan untuk anda menyimpan wang di dalam tabung tersebut. Kebiasannya anda perlu sediakan 10 peratus daripada harga rumah yang anda ingin beli.

Persediaan Sebelum Memiliki Rumah

Elakkan diri anda daripada menggunakan gajet mahal jik anda tidak berkemungkinan

3)  Dalami Ilmu Hartanah Dan Sertai Kumpulan Sokongan

Carilah ilmu hartanah yang bersesuian dengan orang yang pakar dalam hal ini. Lagi cepat anda belajar dan faham, lagi cepatlah proses untuk anda membeli rumah. Mungkin anda boleh mula dengan baca buku - INI

4)  Carilah Pekerjaan Tetap

Jika anda masih lagi bekerja secara sambilan, usaha untuk anda mencari pekerjaan yang stabil dan tetap kerana ia boleh membantu mempercepatkan proses bank anda.

Ini kerana, jika anda masih bekerja sambilan atau tidak memiliki pekerjaan yang tetap, anda akan dikategorikan sebagai pemohon yang berisiko tinggi untuk membuat pinjaman.

5)  Alternatif Daripada Pekerjaan Tetap

Sekiranya anda lebih gemar berniaga dan mampu untuk menghasilkan pendapatan setiap bulan, anda boleh sahaja bina kepercayaan kepada pihak bank dengan membina kredit skor anda sendiri.

Sebagai contoh, anda boleh membuka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) Financing. Selain itu, boleh juga berbelanja dengan bijak menggunakan kad kredit. Ingat setiap kali menggunakannya, anda perlu bayar semula dalam tempoh yang sama.

Dengan adanya komitmen-komitmen ini, pihak bank akan lebih mudah percaya yang anda mampu untuk bayar semula setiap bulan dan sekali gus mempercepatkan proses loan anda.

6)  Ambil Skim Perumahan Yang Ada

Sekarang ini kerajaan banyak menyediakan skim perumahan seperti Skim Transit Belia, Program Perumaha Rakyat dan banyak lagi.

BACAPermohonan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia Kini Dibuka. Ini Cara Mohon

Bahkan kerajaan juga banyak menyediakan ruang untuk orang ramai membeli rumah terutamanya untuk golongan belia. Jadi, ambillah skim yang sedia ada untuk memudahkan permohonan anda mendapatkan rumah

7)  Beli Rumah Mengikut Kemampuan Diri

Sekiranya gaji anda bermula dengan RM2,500, besar kemungkinan anda akan dapat membeli rumah pertama dengan harga RM150,000. 

Belilah rumah mengikut kemampuan diri dan tangguhkan dahulu hasrat anda untuk membeli rumah impian. Sebaiknya anda rumah subsale dan rumah untuk pelaburan.

Post a Comment

Previous Post Next Post