Tips Perbelanjaan Dan Kewangan Bagi Golongan Pelajar

Kepada golongan pelajar, ikuti tips perbelanjaan dan tips kewangan bagi mengelakkan menyalahgunakan duit yang ada tanpa menguruskan dengan baik.

Tips Perbelanjaan Dan Kewangan Bagi Golongan Pelajar

Golongan pelajar secara asalnya dimana tidak mempunyai sumber pendapatan kerana mereka masih belajar dan tidak digalakkan untuk mencari duit. Kebiasaanya sumber kewangan mereka sama ada melalui pinjaman, biasiswa ataupun duit belanja daripada ibubapa.

Ia bagus untuk anda bagi membuat pinjaman bagi tujuan pembelajaran dan belajar sungguh-sungguh supaya dapat pekerjaan yang baik dan mampu untuk membayar semula pinjaman tersebut. Selain itu juga, dapat membantu ibubapa selepas berjaya dalam pelajaran.

Jadi sebelum ke arah pekerjaan, golongan pelajar terimalah hakikat bahawa anda masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Maka, anda perlu ketahui tips menguruskan kewangan dan perbelanjaan yang betul agar tidak timbul masalah kemudian hari.

5 Tips Kewangan Dan Perbelanjaan Bagi Golonga Pelajar

Jangan tahu enjoy saja. Patuhi tips kewangan dan perbelanjaan yang disarankan ini menerusi perkongsian daripada majalah maskulin

1.   Buat Catatan

Anda disarankan untuk sentiasa mencatat keluar masuk duit setiap hari. Ini membantu anda untuk sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan kewangan semasa setiap apa yang dibelanjakan hendaklah kenal pasti sama ada ia satu keperluan atau tidak. Sekiranya ia bukan keperluan, lebih baik anda kurangkan.

2.   Wang Pinjaman

Rata-rata pelajar hari ini mendapat pinjaman wang (seperti PTPTN) untuk lanjutkan pelajaran. Pasti ada lebihan selepas ditolak pembayaran yuran, kolej kediaman dan sebagainya. Adalah sangat disarankan agar baki wang itu dijadikan 'wang simpanan' anda. Jangan berbelanja pada sesuatu yang tidak perlu.

Tips Perbelanjaan Dan Kewangan Bagi Golongan Pelajar

3.   Jangan Berhutang

Sama ada membeli sesuatu dengan cara berhutang atau meminjam wang daripada rakan-rakan, anda dilarang sama sekali untuk berhutang. Apabila anda berhutang, ini bermakna anda berdepan dengan masalah kewangan setiap masa. Lebih-lebih lagi orang yang memberi hutang kepada anda, mereka pasti akan mengacau anda kerana ingin hutangnya dibayar.

4.   Bijak Rancang Belanjawan

Dengan wang atau duit yang anda ada, rancanglah perbelanjaan anda sebaik-baiknya. Anda disarankan untuk mengutamakan pembayaran yang lebih penting. Contohnya, pembayaran yuran, pembelian buku akademik, makanan, tempat tinggal dan lain-lain lagi.

5.   Simpan Wang Di Tempat Selamat

Wang ada ada pada tangan setelah berbelanja perlu direkodkan. Wang perlulah disimpan di tempat selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberikan pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan guru-guru atau ibubapa jika anda masih bersekolah untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan dengan bank.

Post a Comment

Previous Post Next Post