Had Pengeluaran Secara Online (myASNB) Dinaikkan Kepada RM2000 Sebulan

Had Pengeluaran Secara Online (myASNB) Dinaikkan Kepada RM2000 Sebulan

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan dimana had pengeluaran secara dalam talian atau online melalu myASNB dinaikkan ke RM2,000 sebulan daripada nilai RM1k sahaja sebelum ini.

BACABuka Akaun ASB Secara Online Dengan Menggunakan Aplikasi myASNB

Dengan keputusan ini pastinya akan lebih memudahkan urusan pemegang unit yang memerlukan terutamanya jika ingin keluarkan nilai yang lebih besar tanpa perlu pergi beratur di kaunter di mana-mana cawangan ASNB.

Namun begitu, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB. Tapi perlu ingat, anda dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan sahaja. 

Had Pengeluaran Dinaikkan Kepada RM2000

Kenaikkan had pengeluaran kepada RM2000 ini telah tersedia di portal myASNB, manakala di aplikasi myASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.

Berikut merupakan unit amanah yang dibenarkan untuk urus niaga jualan balik secara online pada masa kini :

Cara Buat Pengeluaran rm2000 Secara Online Di Portal myASNB

Jadi anda bolehlah keluarkan ASB maksimum 2k selepas ini

Syarat Pengeluaran Secara Online

Anda sebagai pemegang unit boleh jual balik atau keluarkan secara online hanya menerusi portal atau aplikasi myASNB sahaja buat masa ini.

Sama sepertinya sebelum ini, pengeluaran adalah terhad untuk 3 transaksik sahaja sebulan dengan nilain minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi dan maksimum sebanyak RM2000. Tiada caj dikenakan.

Wang hasil jualan balik unit Amanah ASNB akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.

Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak Berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit Amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Cara Buat Pengeluaran Secara Online Di Portal myASNB

1)  Log masuk seperti biasa ke akaun myASNB anda di www.myasnb.com.my

Cara Buat Pengeluaran Secara Online Di Portal myASNB

2)  Klik Portfolio. Kemudian klik transaksi pada unit Amanah yang dikehendaki dan pilih Jualan Balik

Cara Buat Pengeluaran Secara Online Di Portal myASNB

3)  Pastikan maklumat bank anda betul dan klik Seterusnya

Cara Buat Pengeluaran Secara Online Di Portal myASNB

4)  Baca, tandakah kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya

Cara Buat Pengeluaran Secara Online Di Portal myASNB

5)  Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya

Cara Buat Pengeluaran Secara Online Di Portal myASNB

6)  Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan klik Teruskan

Cara Buat Pengeluaran Secara Online Di Portal myASNB

7)  Klik Permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya

Cara Buat Pengeluaran Secara Online Di Portal myASNB

8)  Transaksi anda berjaya

Keluarkan jika perlu sahaja. Pelaburan dalam unit Amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan Panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang

Untuk info lanjut berkaitan pengeluaran unit amanah ASNB, boleh pergi ke pautan www.asnb.com.my/onlineredemption.php

Post a Comment

Previous Post Next Post