Tiada Lagi Penjarakan Ketika Solat Berjemaah Dalam Fasa Endemik

Tiada Lagi Penjarakan Ketika Solat Berjemaah Dalam Fasa Endemik

Perdana Menteri telah mengumumkan peralihan fasa ke Endemik bermula 1 April 2022. Dalam fasa tersebut Kerajaan juga bersetuju solat berjemaah di masji dan surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan.

Oleh itu, selepas ini imam boleh lah mengatakan rapatkan saf kerana tidak lagi menetapkan perlu ada penjarakan 1 meter. Ujar beliau.

Walaubagaimanapun, oleh kerana dalam Perlembagaan Persekutuan perkara yang berkaitan dengan agama Islam adalah tertakluk dibawah kuasa Sultan di negeri-negeri, maka penentuan akhirnya terletak di tangan kerajaan negeri.

Kerajaan Persekutuan akan menyerahkan tugas kepada kerajaan negeri sekiranya Majlis Agama Negeri masih menetapkan penjarakan sewaktu menunaikan solat jemaah atau sebaliknya.

Ini pastinya berita yang mengembirakan untuk umat islam khususnya di Malaysia apabila Kerajaan membenarkan solat rapat-rapat seperti biasa ketika dalam fasa Endemik kelak.



Post a Comment

Previous Post Next Post