5 Tempat Pelaburan Terbaik Sesuai Untuk Beginner Tahun 2023

pelaburan terbaik untuk anak muda baru nak mula

Sepertinya sekarang dah banyak tempat pelaburan yang anda boleh libatkan diri bagi memperoleh pendapatan tambahan selain kerja hakiki anda. Tapi mana tempat pelaburan yang sesuai? Macam mana pula bagi mereka yang baru nak mula buat investment?

Anda sekarang mungkin baru bekerja dan sudah mempunyai sedikit simpanan, jadi duit lebihan anda ingin laburkan supaya sedikit sebanyak ada penambahan tambahan berbanding hanya simpan bawah bantal atau simpan di akaun simpanan biasa di bank.

Jadi anda sudah pasang niat untuk melabut, tetapi tak tahu mana tempat atau platform pelaburan yang terbaik terutamanya sesuai bagi anak muda atau pemula yang baru ingin terlibat dengan duit investment ini.

5 Tempat Pelaburan Terbaik Untuk Anak Muda

Adalah lebih baik anda mulakan lebih awal di tempat-tempat yang kurang risiko tetapi memberikan pulangan yang terbaik walaupun tidaklah terlalu tinggi.

Ingat dalam pelaburan ini, high risk, high return dan low risk, low return. Jadi dalam masa yang sama, anda tambah ilmu dan melabur di tempat-tempat lain yang lebih high risk dan high return.

Dalam waktu itu, boleh cuba di tempat-tempat pelaburan seperti yang disenaraikan dibawah. Sesuai untuk mereka yang baru nak mula terutamanya anak mudah diluar sana.

1)  Pelaburan ASB

Ini adalah platform paling asas sekali bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu pelaburan, masih belajar dan baru mula bekerja dan ingin dapatkan penambahan pendapatan secara tahunan. Pelajar pun boleh tau.

Pelaburan ASB

Setiap tahun, pihak ASNB akan umumkan dividen bagi pelaburan ASB dan daripada situlah, anda peroleh pulangan berdasarkan nilai pelaburan. Anda boleh buat simpanan atau secara pinjaman bagi pelaburan ASB (ASB Financing)

Paling best, harga seunit adalah tetap setiap masa iaitu RM1 sahaja. Tambahan pula anda boleh buat penambahan pelaburan atau pengeluaran pada bila-bila masa sahaja secara online dengan terhad untuk RM2000 setiap bulan.

Setiap tahun boleh la dapat pulangan 5-7 peratus dalam bentuk dividen. Ok la kan.

2)  Pelaburan Fixed Deposit (Simpanan Tetap)

Pelaburan Fixed Deposit

Bagi pelaburan Fixed Deposit atau simpanan tetap ini juga anda boleh cuba untuk platform pelaburan bagi pemula. Walaupun pulangan dalam bentuk faedah yang diberi tidak lah terlalu tinggi (1-2%), tetapi ok lah berbanding dengan akaun simpanan biasa kita tu.

Tapi anda tidak boleh keluarkan duit tersebut sesuka hati. Ini kerana anda perlu tunggu tempoh matang dahulu untuk dapatkan pulangan faedah yang maksimum.

3)  Pelaburan Emas

Pelaburan ketiga yang anda orang muda boleh cuba adalah pelaburan emas. Kalau dulu, biasa kita tengok emas ni dalam bentuk gelang, rantai dan sebagainya kan. Jadi ianya terhad untuk golongan lelaki.

Pelaburan Emas

Kini tidak lagi, kerana banyak platform yang kini menjual emas fizikal dalam bentuk jongkong sekecil 10g tau. Jadi orang lelaki pun dah boleh beli dan simpan emas. Bukan itu sahaja, sekarang pun ada pihak yang menjual emas digital yang boleh dibeli secara online. Ini bermakna, anda tidak perlu simpan emas tersebut di rumah tetapi ianya milik anda.

Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan membeli emas fizikal ini seperti contoh pihak Maybank sendiri iaitu MIGA-i, HelloGold, Public Gold dan banyak lagi. Semua ini patuh syariah dan anda boleh cuba sendiri.

Nilai emas ni kalau tengok, setiap tahun pasti meningkat. Tetapi kena ingat, kebiasaanya pelaburan emas ini adalah pelaburan jangka masa panjang. Mungkin kurang sesuai kalau jika anda inginkan pulangan jangka masa pendek.

4)  Pelaburan Robo-Advisor

Pelaburan ini sesuai bagi mereka yang tidak pandai untuk baca graf, buat research, buat penentuan untuk beli stock dan sebagainya. Kerana akan ada robot yang buatkan untuk anda semuanya secara automatik melalui Robo-Advisor.

Ini bermakna, robot akan gunakan wang pelaburan anda buat melabur di tempat-tempat yang berpotensi untuk memberikan pulangan. Anda tidak perlu buat apa, mereka akan lakukan semuanya untuk anda. Perlu masukkan duit sahaja.

Pelaburan Robo-Advisor

Antara yang paling terkenal di Malaysia sekarang adalah Wahed Invest. Anda boleh daftar sekarang dan mula buat pelaburan yang boleh dilakukan secara online sahaja menggunakan aplikasi.

Jangan risau, Wahed Invest ini patuh syariah dan robo-advisor yang pertama dikawal selia dibawah Suruhanjaya Sekuriti (SC).

5)  Pelaburan Cryptocurrency

Akhir sekali lagi adalah pelaburan dalam matawang crypto atau cryptocurrency. Walaupun pelaburan ini adalah high risk, high return tetapi ianya sesuai untuk golongan muda.

Ini kerana, kini di Malaysia kita sudah mempunyai platform yang sah yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) iaitu melalui Luno. Jadi kalau ada apa-apa berlaku, adalah yang menjaga pelaburan anda tersebut.

BACACara Daftar Dan Beli Bitcoin Guna Luno Di Malaysia Untuk Tahun 2022

Aplikasi Luno ini, anda boleh beli cryptocurrency seperti Bitcoin (BTC), Etherium (ETH), Ripple (XRP) dan beberapa lagi jenis matawang kryptop. Semudah, anda beli unit dan bayar menggunakan perbankan online. Anda dah ada unit BTC dalam akaun Luno anda.

Nanti kalau dah naik nilainya, boleh juga jual terus di platform Luno tersebut. Mudah kan!

Pelaburan Cryptocurrency

Jadi itulah antara 5 pelaburan yang terbaik terutamanya bagi golongan muda yang baru ingin bekecimpung dalam dunia investment.

Jadi dari hari ke hari, anda boleh mula tambah ilmu pelaburan anda dan boleh mula melabur di tempat lain seperti Saham, Bursa, Unit Trust dan sebagainya.

Post a Comment

Previous Post Next Post