Cara Deposit Di Wahed Invest Tanpa Dikenakan Caj RM1

Cara Deposit Di Wahed Invest Tanpa Dikenakan Caj RM1

Bermula Mei 2021, Wahed Invest mengenakan caj RM1 bagi setiap transaksi apabila anda deposit menggunakan pilihan Instant Pay (FPX) iaitu menggunakan perbankan online.

Ini bermakna, jika anda ingin deposit wang RM100, RM1 akan diambil daripada seratus tersebut. Jadi anda hanya deposit dalam Wahed Invest hanya RM99 sahaja.

BACA Cara Daftar Dan Mula Melabur Di Wahed Invest Untuk Tahun 2021

Akan tetapi sebenarnya, anda boleh elakkan caj tambahan tersebut iaitu menggunakan pilihan ke-2 iaitu secara Wire Transfer.

Cara Deposit Ke Dalam Wahed Invest

Anda boleh deposit (Funds) ke dalam portfolio anda di Wahed Invest dengan nilai minima RM100 pada bila-bila masa sama ada menggunakan cara Instant Pay (FPX) atau secara Wire Transfer.

Cara Deposit Menggunakan Instant Pay (FPX)

Daripada 2 pilihan yang disediakan, cara FPX ini adalah yang paling mudah sekali. Anda boleh invest duit anda dengan beberapa langkah sahaja menggunakan perbankan online seperti Maybank2u, CIMB Click, RHB Now, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN dan banyak lagi.

Akan tetapi cara ini anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM1 bagi setiap transaksi. Anda depo RM1000, seringgit akan diambil daripada jumlah tersebut. Jadi anda hanya depo RM999 sahaja ke dalam Wahed Invest.

Tapi sejurus selepas buat deposit, ianya akan terus masuk ke akaun Wahed Invest anda (instant)

1.  Login seperti biasa aplikasi Wahed Invest anda

2.  Pada halaman utama, anda klik 'Add Fund' pada ruangan Make a deposit. Klik pada nickname akaun anda dan tekan 'Next'

3.  Disini anda perlu masukkan jumlah yang anda mahu dan pilih One Time.

Cara deposit di wahed invest guna instant pay fpx

4.  Pada bahagian jenis pembayaran, pilih 'Instant Pay (FPX)' dan pilih jenis bank anda dan tekan 'Next'

Cara deposit di wahed invest guna instant pay fpx

5.  Buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai.

Cara Deposit Menggunakan Wire Transfer

Cara kedua adalah secara Wire Transfer. Cara ini mudah tapi perlukan banyak langkah. Tetapi anda tidak akan dikenakan apa-apa caj tambahan. Jadi anda depo RM1000, akan invest RM1000 juga.

1.  Login seperti biasa aplikasi Wahed Invest anda

2.  Pada halaman utama, anda klik 'Add Fund' pada ruangan Make a deposit. Klik pada nickname akaun anda dan tekan 'Next'

3.  Disini anda perlu masukkan jumlah yang anda mahu dan pilih 'One Time'

Cara Deposit Di Wahed Invest Tanpa Dikenakan Caj RM1

4.  Pada bahagian jenis pembayaran, klik 'Wire Transfer'. Kemudian masukkan maklumat akau bank anda (tak kira apa jenis bank). Nama, nama bank dan nombor akaun bank anda.

5.  Kemudian akan dipaparkan bank details Wahed Invest dan tekan 'Continue' dan klik 'OK, I'll Send The Transfer'

6.  Instruction seterusnya akan dihantar ke alamat emel anda. Disini akan dipaparkan segala maklumat seperti jumlah deposit, bank akaun Wahed, nombor bank dan reference note.

Cara Deposit Di Wahed Invest Tanpa Dikenakan Caj RM1

7.  Langkah seterusnya, anda perlu buat transfer secara manual menggunakan perbankan online.

8.  Jika anda menggunakan Maybank2u, Login seperti biasa dan pergi pada bahagian 'Pay & Transfer' dan pilih 'Transfer'

9.  Kemudian masukkan nombor akaun PTB for Wahed Technologies, masukkan jumlah deposit yang telah anda masukkan dan paling penting adalah pada bahagian reference note tersebut.

*jangan risau jika ianya terlalu panjang, masukkan sahaja yang cukup sebijik-sebijik. JANGAN SALAH!

Cara Deposit Di Wahed Invest Tanpa Dikenakan Caj RM1

10.  Jika sudah, buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai

Cara Deposit Di Wahed Invest Tanpa Dikenakan Caj RM1

Wahed Invest akan menerima deposit anda dalam tempoh 2 hari dan akan dimaklumkan jika berjaya melalui emel. Selesai!

Post a Comment

Previous Post Next Post