Cara Beli Emas Maybank - MIGA-i Tahun 2024 & Daftar Pertama Kali

Cara Daftar MIGA-i Maybank Dan Mula Beli Jual Emas

Antara platform jual beli emas yang anda boleh cuba selepas ini adalah keluarga Maybank sendiri yang diberinama Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i). Anda kini boleh mula daftar dan jual beli emas secara online disini.

Apa Itu MIGA-i?

Produk pelaburan emas MIGA-i ini merupakan akaun emas yang pertama membolehkan pelanggan membuka akaun, membeli dan menjual serta memindahkn emas yang kesemuanya boleh dilakukan secara online melalui Maybank2u.

BACACara Daftar MAE by Maybank2u Secara Percuma

Bukan itu sahaja, anda boleh membuat pelaburan emas dengan melakukan transaksi beli atau jual dengan nilai serendah RM10 je tau. Biasa tempat lain minima RM100 tau.

Produk emas pelaburan yang ditawarkan merupakan emas dengan ketulenan 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) tanpa perlu menyimpan emas atau membimbangkan keselamatan pemegangnya.

Adakah Ianya Patuh Syariah?

Pihak Maybank Islamic Berhad telah menyatakan bahawa hukum pelaburan emas MIGA-i adalah patuh syariah iaitu berbeza daripada akaun emas konvensional. Jadi pengguna muslim terutamanya tidak perlu risau akan status tersebut dan boleh lakukan transaksi jual beli dengan hati yang tenang.

Tidak cukup dengan itu, tebaran harga yang ditawarkan di MIGA-i adalah lebih rendah antara harga jualan dan beliau pihak bank dan tidak ada caj tambahan apabila memindahkan emas dalam gram dari satu akan ke akaun yang lain.

Harga Emas Di Maybank (MIGA-i)

Sebelum buat pembelian atau penjualan aset emas ini, anda boleh semak terlebih dahulu harga emas di laman web Maybank Gold & Silver Counter Rates dan kemudian boleh semak harga yang ditawarkan di platform MIGA-i.

Jika dilhat daripada kadar spread untuk jual beli adalah sekitar 1.5% untuk emas berat 100 gram dan ke atas manakala 2.4% untuk emas dengan berat bawah 100 gram. Boleh rujuk gambar dibawah

harga emas di miga-i maybank

Cara Daftar Akaun MIGA-i Dan Jual Beli Emas Di Maybank

Setiap pengguna Maybank dan telah mempunyai perbankan online Maybank2u, anda layak untuk daftar akaun MIGA-i dan boleh buat transaksi jual beli emas. Cara daftar, boleh semak dibawah

1)  Anda login akaun Maybank2u atau KLIK SINI di komputer dengan masukkan User ID dan password seperti biasa.

2)  Kemudian pada halaman utama, klik pada tab Apply > Investment dan pada bahagian Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i), klik Apply Now

Cara Daftar Akaun MIGA-i

3)  Disini anda perlu lengkapkan butiran peribadi anda sehingga selesai seperti alamat emel, alamat rumah, butiran kerja, butiran akaun sebagainya. Jika sudah selesai, klik Save & Next

4)  Klik "Yes, I have.." dan Save & Next

5)  Jika kesemua butiran sudah lengkap, anda sahkan dan klik Confirm

Cara Daftar Akaun MIGA-i

Kini akaun MIGA-i anda telah berjaya didaftarkan. Anda boleh mula buat pelaburan emas atau transaksi jual beli emas di Maybank2u.

Akaun baru daftar, tapi belum aktif. Untuk aktifkan anda perlu melabur sekuran-kurangnya RM10 sahaja. Jadi disini, dipaparkan untuk terus labur 1 gram iaitu sekitar RM247.23 (harga ketika itu)

Cara Melabur Atau Beli Emas Di MIGA-i

1)  Untuk aktifkan anda perlu melabur sekurang-kurangnya RM10 dengan klik pada bahagian Invest Now

Cara Melabur Atau Beli Emas Di MIGA-i

2)  Kemudian akan dipaparkan harga beli semasa ketika itu. Pastinya ianya berbeza-beza mengikut harga emas dunia. Current Standard Price untuk harga emas 100 g dan ke bawah manakala Current Preferential Price untuk harga lebih 100 gram.

Masukkan sahaja nilai RM atau anda ingin beli mengikut berat (gram). Contoh, beli 1 gram iaitu harga RM247.23. Jika ok, klik Calculate

3)  Kemudian pilih akaun simpanan anda dan masukkan referral code aba09065 untuk dapatkan 0.01 g secara percuma khusus untuk mereka yang baru daftar.

Jika semua dah ok, klik Invest Now. Setel! Anda kini sudah memiliki 1 gram emas di dalam akaun MIGA-i anda. Ianya milik anda.

Cara Melabur Atau Beli Emas Di MIGA-i

Lepas ni, boleh la anda buat belian atau jualan emas menggunakan akaun MIGA-i ini sahaja menerusi Maybank2u. Mudah kan!

Dah cukup 1 gram atau sehingga 1000 gram, anda boleh mohon untuk tukarkan emas digital anda kepada emas bar fizikal. Jadi anda boleh pelaburan atau simpan sendiri. MIGA-i antara platform online jual beli emas yang dipercayai selain daripada hellogold dan Public Gold.

Post a Comment

Previous Post Next Post