Cara Dapatkan Bank Statement (Maybank) Secara Online Dengan Mudah

Cara Dapatkan Bank Statement (Maybank) Secara Online Dengan Mudah

Di era teknologi sekarang, banyak perkara kita boleh dapatkan dihujung jari sahaja. Sebagai contoh, anda boleh dapatkan bank statment khusus Maybank secara online dengan mudah je sekarang. Tak perlu keluar rumah dan pergi ke bank berhampiran.

Inilah dunia internet yang mana kita boleh akses dengan pelbagai perkara dengan mudah dan cepat. Sekarang pun kita perlu bergerak pantas bagi setiap aktiviti, kalau tidak ketinggalan lah kan.

Bank statement biasa jika sebelum ini, kita dapatkan di kaunter bank sendiri. Kalau bank statement untuk maybank kena la pergi cawangan Maybank semata-mata nak dapatkan maklumat akaun maybank kita seperti nama dan nombor akaun bank.

Kini ada cara lebih mudah. Jadi kalau anda ingin gunakan bank statement untuk memohon bantuan kerajaan (seperti BPR, BPN dan banyak lagi), boleh je sediakan terus maklumat akaun anda melalui bank statement ni. Boleh dapatkan secara online sahaja.

Cara Dapatkan Bank Statement (Maybank) Secara Online

Untuk itu, perkara penting, anda perlu mempunyai perbankan online, Maybank2U. Jadi jika belum ada, anda perlu daftar terlebih dahulu.


Langkah 1:

Jika sudah ada, anda Log In menggunakan username dan password di laman Maybank2U www.maybank2u.com.my

Langkah 2:

Kemudian pada halaman utama ini, pergi account > savings account-i dan klik "titik tiga" tersebut

Cara Dapatkan Bank Statement (Maybank) Secara Online Dengan Mudah

Langkah 3:

Sudah klik dan pilih "View Statements"

Cara Dapatkan Bank Statement (Maybank) Secara Online Dengan Mudah

Langkah 4:

Jadi akan dipaparkan bank statement anda pada jangan masa yang anda tetapkan. Anda boleh pilih sahaja mana-mana waktu yang penting dipaparkan maklumat akaun Maybank ada pada bahagian atas.

Cara Dapatkan Bank Statement (Maybank) Secara Online Dengan Mudah

Perkara penting sekali, anda boleh jumpa nama dan nombor akaun bank (maybank) anda sendiri dengan lengkap. 

Langkah 5:

Anda boleh download bank statement ini dalam format .pdf dengan klik pada butang "download" diatas. Selesai

Cara Dapatkan Bank Statement (Maybank) Secara Online Dengan Mudah

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments