Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Batu Pahat 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Batu Pahat 2022

Dalam senarai ini anda boleh dapatkan senarai lokasi Bazar Ramadan di Batu Pahat, Johor untuk tahun 2022. Anda boleh datang dan dapatkan juada berbuka puasa disini.

Oleh itu, sebelum tiba waktu Maghrib, anda boleh beli pelbagai juadah aneka pilihan makanan untuk berbuka puasa seperti kuih tepung pelita, murtabak, roti sardin, kurma sehinggalah minuman seperti air katira. Yang penting jangan membazir!

Kita sedia maklum, umat Islam akan mula berpuasa pada 2 April 2022 bersamaan 1 Ramadan 1443 Hijrah iaitu pada hari Sabtu hingga 2 Mei 2022 iaitu 30 Ramadan 1443 Hijrah.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Batu Pahat Untuk Tahun 2022

Sekiranya anda datang ke Batu Pahat tapi tak tahu dimana lokasi bazar ramadan berdekatan dengan anda, anda boleh rujuk senarai lokasi disini. Juga sebagai rujukan untuk penduduk tempatan.

Bazar Ramadan Batu Pahat akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan yang akan mula dibuka pada petang hari sehingga waktu Maghrib. Jadi datang dapatkan juada berbuka puasa anda disini.

  1. Pesta
  2. Senggarang (Hadapan Kompleks Niaga)
  3. Taman Kristal
  4. Taman Budaya
  5. Taman Cempaka Biru
  6. Jalan Kelab
  7. Taman Sri Sulong
  8. Bukit Perdana
  9. Taman Soga (Jalan Zamrud)
  10. Taman Kapal Layar (Tongkang Pechah)
  11. Rengit
  12. Taman Putera Indah (Jalan Parit Jalil)
  13. Banang Jaya
  14. Taman Universiti

Diharap perkongsian lokasi Bazar Ramadan Di Batu Pahat untuk tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (BPBP) ini berguna bagi anda yang mencari lokasi bazar berhampiran dengan anda. 

Boleh datang dan pastikan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan bazar.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Post a Comment

Previous Post Next Post