Kenapa Rumah Subsale Lagi Best Daripada Rumah Subcon

Rumah Subsale Lagi Best Daripada Rumah Subcon

Biasakan kita dengar rumah subsale dan rumah subcon. Tapi antara dua ni mana yang berbaloi dan best kalau nak beli sebenarnya? Lagi-lagi untuk yang baru nak dapatkan rumah pertama.

Tetapi selain tu, ada juga rumah lelong yang mana kita tahu rumah yang dilelongkan oleh pihak bank kerana tuan rumah tidak mampu untuk buat bayaran. Jadi rumah kena lelong.

BACA : Cara Jana Pendapatan Lumayan Dengan Rumah Lelong

Tapi macam mana pula dengan rumah subsale? rumah subcon? Sebelum kita tengok apa yang best kita kena tahu dulu maksud jenis-jenis rumah tersebut.

Rumah Subsale

Secara mudahnya, rumah subsale ini adalah rumah second-hand yang dibeli daripada tuan rumah. Jadi rumah tersebut bukan rumah baru dan ianya telah pun diduki oleh tuan rumah tersebut.

Rumah Subcon

Manakala untuk rumah subcon ialah rumah yang belum siap dibina. Akhirnya jika siap nanti, anda akan dapat rumah baru dan pastinya masih cantik.

Kenapa Rumah Subsale Lagi Best Daripada Rumah Subcon

Jadi menerusi definisi diatas kita boleh tengokkan melalui rumah subcon, kita dapat rumah baru berbanding rumah subsale. Tapi kenapa rumah subsale lagi best?

Menerusi perkongsian Ihsan Zainal di post facebooknya, terdapat 8 sebab kenapa rumah subsale sebenarnya lagi best berbanding berbanding rumah undercon.

BACAPersediaan Anda Perlu Buat Sebelum Memiliki Rumah

Seperti yang diberitahu, tidak dinafikan projek baru, kita dapat rumah baru, ada jaminan kerosakan dan barulah boleh OOTD hari hari depan rumah.. 

Tapi bagi beliau subsale masih lagi pilihan terbaik buatnya yang bergaji pun cukup-cukup makan. Ini kerana:

1.  Waiting Period

Rumah subsale anda tak perlu tunggu siap 2-3 tahun baru boleh duduk. Tak perlu tunggu ccc/cf berbulan-bulan walau rumah dah siap di depan mata. Sebaik selesai, dapat terus kunci boleh terus masuk.

2.  Kenal Kawasan Kejiranan

Kita boleh tahu siapa jiran kita terlebih dahulu sebelum confirm nak beli ke tak, kalau beli rumah subsale. Kejiranan ni sebenar memainkan peranan penting juga untuk jaminan keselamatan dan rukun tertangga.

3.  Boleh Pilih Kawasan 

Kebiasaan kita boleh pilih kawasan rumah subsale ni nak yang dah matang dengan pelbagai fasiliti ke, separa matang dengan pelbagai kemudahan telah wujud atau tidak.

4.  Siap Renovasi

Jika rumah subsale yang kita beli adakala telah siap direnovasi, atau pemasangan kelengkapan elektriknya telah siap sepenuhnya berbanding undercon yang masih perlu keluarkan modal walau telah membayar puluhan ribu.

5.  Siap Diduduki

Rumah Subsale tak perlu lagi risau rumah mungkin terbengkalai atau lewat siap berbanding sucon. Subsale yang sudah boleh diduduki bila-bila masa. Selain dari pelbagai agent membantu untuk berunding harga dengan pihak owner. Adakala kita boleh dapat harga mengikut bajet kita layak.

6.  Kos

Cash pun tak perlu keluar banyak kalau owner benarkan markup loan. Silap-silap booking pun bayar 3% je. Selebihnya boleh masuk dalam loan. Bestkan..

7.  Bantuan Ejen

Beli subsale dengan agent berdaftar, komisyen mereka pun tak perlu bayar.. sebab owner dah bayarkan komisyen agent.. yang paling best, ada apa masalah mereka bantu kita selesaikan!

8.  Harga Kawalan

Yang best, subsale ni masih ada kawalan harga oleh pihak valuer. Tuan rumah nak jual tinggi sangat pun tak boleh sebab pihak agent akan nasihatkan jual mengikut harga pasaran. Undercon? Agak-agak siapa kawal harga mereka ni?

Sumber : facebook Ihsan Zainal 

Post a Comment

Previous Post Next Post