Cara Daftar ASB Secara Online Dengan Menggunakan Aplikasi myASNB

daftar akaun ASB secara online guna myasnb

Kini anda tidak lagi perlu untuk datang ke cawangan ASNB atau mana-mana ejen bagi urusan daftar atau buka akaun ASB kerana anda boleh daftar sendiri atau buat secara online melalui aplikasi myASNB sahaja.

Inilah antara pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) baru-baru ini kepada mereka yang berminat untuk melabur dalam mana-mana produk termasuklah Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Jika sebelum pra-syarat untuk mula melabur dalam ASB, anda perlu datang ke cawangan ASNB atau pejabat Pos Malaysia atau mana-mana ejen ASNB seperti Maybank, CIMB, RHB, BSN, Ambank, Affin Bank, Bank Islam dan beberapa bank lagi.

Kini tidak perlu lagi, kerana anda boleh mula melabur dengan buat pendaftaran secara online sahaja yang boleh dilakukan dimana-mana sahaja termasuk di rumah dengan hanya menggunakan aplikasi myASNB.

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

ASNB ada menyediakan pelbagai produk pelaburan dalam 1 kategori iaitu Harga Tetap dan Harga Berubah. ASB dibawah produk Harga Tetap dimana bagi harga seunit adalah RM1 dan tiada caj jualan dikenakan.

Anda boleh boleh membuka akaun ASB dengan pelaburan permulaan minima hanya RM10 sahaja dan pelaburan tambahan boleh dibuat minima serendah RM1 pada bila-bila masa sahaja. Jadi sesuai untuk mereka yang mula berjinak dalam pelaburan  dan setiap tahun boleh dapat dividen.

Produk ini sesuai untuk pelajar yang masih tidak mempunyai pendapatan atau mereka yang berpendapatan rendah tetapi ingin cuba melabur. Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi ke portal ASNB di www.asnb.com.my

Jadi jika berminat untuk mula melabur, jangan lupa untuk buka akaun ASB yang boleh dilakukan secara online sahaja. Ikuti langkah berikut seperti dibawah

Cara Daftar Akaun ASB Secara Online Menggunakan Aplikasi myASNB

Dengan aplikasi myASNB, anda boleh lakukan pelbagai transaksi seperti pendaftaran produk ASNB seperti ASB, tambah pelaburan, semak jumlah unit pelaburan, buat pengeluaran dan sebagainya

Daftar Akaun myASNB

Untuk permulaan, anda perlu terlebih dahulu muat-turun aplikasi myASNB daripada Play Store, App Store atau App Gallery. Jika sudah, teruskan langkah dibawah

1)  Buka aplikasi, tekan butang 'Sign Up' > masukkan nombor MyKad beserta nombor telefon dan kemudian masukkan OTP yang diterima melalui SMS bagi tujuan verification. Klik 'Continue'

daftar akaun ASB secara online guna myasnb

2)  Anda perlu penuhkan maklumat peribadi anda pada ruangan ini seperti nama penuh, tarikh lahir, alamat rumah, nombor akaun bank dan sebagainya. Klik 'Continue' jika sudah selesai

daftar akaun ASB secara online guna myasnb

3)  Jawab beberapa soalan berkaitan Self Declaration dan klik 'Continue'

4)  Kemudian anda perlu penuhkan ruangan pada bahagian maklumat pekerjaan anda. Adakah anda bekerja, tidak bekerja, pesara atau pelajar.

5)  Pada bahagian ini sangat penting, pastikan anda tangkap gambar MyKad dan selfie wajah anda bagi pengesahan akaun. Jika sudah siap kesemuanya, klik 'Submit Verification'

daftar akaun ASB secara online guna myasnb

6)  Disini anda perlu tunggu beberapa minit bagi proses pengesahan yang dibuat oleh pihak ASNB. SMS akan dihantar jika pengesahan berjaya.

7)  Jika status sudah berjaya, anda perlu masukkan butiran akaun pula. Username, secure phrase dan password beserta security question. Jika sudah semuanya, klik 'Done'

daftar akaun ASB secara online guna myasnb

8)  Sekali lagi anda perlu tunggu pengesahan dan kali ini adalah berkaitan nombor akaun bank pula. Mungkin ianya mengambil masa sedikit sehingga 24 jam. SMS akan dihantar jika pengesahan berjaya

Jika berjaya, anda akan diberi nombor ahli dan anda boleh mulakan pelaburan pertama dalam mana-mana unit amanah termasuklah Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Cara Daftar Akaun ASB Secara Online

Jika anda buka aplikasi myASNB, anda boleh klik terus pada Labur Sekarang

1)  Anda perlu menjawab beberapa soalan dan anda akan dicadangkan dana yang sesuai dengan jawapan anda sama ada dana Harga Tetap, Sederhana, Konservatif atau Agresif. ASB dalam dana Harga Tetap

2)  Anda boleh juga tidak mengikut cadangan tersebut dan pilih sahaja Harga Tetapi > ASB

daftar akaun ASB secara online guna myasnb

3)  Jika sudah pilih, anda perlu masukkan nilai pelaburan pertama sebanyak RM10. Buat pembayaran seperti biasa menggunakan perbankan online yang anda daftar sebentar tadi.

Selesai! Inilah pelaburan pertama anda iaitu pada akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Cara Buat Penambahan Pelaburan ASB Melalui myASNB

Anda boleh topup atau buat penambahan unit pelaburan pada bila-bila masa dengan harga serendah RM1 untuk seunit melalui aplikasi myASNB sahaja.

Anda juga boleh buat menggunakan perbankan online iaitu Maybank2u, CIMB Click dan sebagainya tetapi ianya dikenakan caj tambahan. Guna aplikasi myASNB, takda caj pun.

1)  Pada halaman utama klik pada Labur > Pelaburan Tambahan

2)  Klik pada akaun ASB anda dan masukkan nilai pelaburan tambahan. Boleh bayar guna perbankan online (FPX) atau Boost eWallet. Buat bayaran sehingga selesai. Unit akan ditambah terus selepas selesai buat pembayaran

daftar akaun ASB secara online guna myasnb

Kini urusan anda lebih mudah, anda boleh buka akaun ASB secara online sahaja menggunakan aplikasi myASNB


sumber : aimanabdullah

Post a Comment

Previous Post Next Post