Cara Menyucikan Dividen KWSP Khusus Untuk Simpanan Konvensional

penyucian dividen kwsp bagi simpanan konvensional

Tahukah anda, sebenarnya dividen KWSP yang diterima setiap bulan perlu disucikan khususnya bagi pencarum yang beragama Islam tetapi khusus hanya kepada Simpanan Konvensional sahaja.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Simpanan Konvesional dan Simpanan Syariah. Jika anda mula-mula daftar akaun KWSP, anda akan menerima akaun Konvensional dan pertukaran akaun hanya boleh dibuat melalui permohonan sahaja.

Seperti yang diumumkan oleh pihak KWSP sebelum ini berkenaan kadar dividen tahun 2021 adalah berbeza bagi setiap akaun simpanan. 

Ini kerana kadar dividen bagi Simpanan Konvensional adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh syariah dan patuh syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%, manakala kadar dividen Simpanan Syariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah sahaja.

Siapa Yang Perlu Sucikan Dividen?

Bagi ahli beragama Islam yang belum memilih Simpanan Shariah, ahli bertanggungjawab untuk melakukan penyucian ke atas dividen yang diterima daripada Simpanan Konvensional.

Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam telah membuat keputusan dimana wang dividen yang diperoleh daripada akaun simpanan konvensional KWSP sebelum bertukar ke akaun simpanan Syariah tidak perlu dibersihkan.

Siapa Yang Perlu Sucikan Dividen KWSP?

Jadi, anda perlu segera bertukar kepada akaun simpanan Syariah.

Kadar Penyucian Dividen Simpanan Konvensional

Ahli perlu menyucikan dividen yang diperoleh menerusi Simpanan Konvensional daripada jumlah dividen dikreditkan ke akaun ahli.

  • 2017 : 64%
  • 2018 : 68%
  • 2019 : 71%
  • 2020 : 69%
  • 2021 : 69%

Cara Menyucikan Dividen KWSP

Amaun penyucian tersebut hendaklah disalurkan dengan 2 kaedah

1.  Anda boleh salurkan ke Baitulmal di negeri masing-masing atau badan kebajikan yang berdaftar bagi membiayai kemudahan awam dan bantuan kebajikan

2.  Salurkan secara langsung kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti faqir miskin termasuk ahli keluarga selain daripada tanggungang ahli bagi tujuan kelangsungan hidup dan keperluan asas.

Bagi tahun 2021, KWSP telah menetapkan kadar penyucian dividen Simpanan Konvensional adalah sebanyak 69% daripada jumlah dividen. Cara pengiraan adalah seperti berikut

69% x Dividen = Jumlah yang perlu dibayar (disucikan) {alertInfo}

Contohnya :

69% x RM100 = RM69

Cara Tukar Ke Simpanan Syariah

Sebenarnya akaun Simpanan Syariah KWSP bukan khusus untuk orang Islam sahaja tetapi terbuka kepada semua Warganegara dan Bukan Warganegara, semua agama dan semua bangsa.

Anda boleh buat pertukaran dengan cara:

  1. Melalui Kauter KWSP dan KWSP Mobile (Mykad atau passport)
  2. Secara online menerusi i-Akaun (Ahli)

Untuk info lanjut berkaitan Simpanan Syariah boleh rujuk di pautan SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post