10 Resepi Bakeri Kuih Dan Kek Sesuai Untuk Berniaga Tahun 2023

Resepi Bakeri Kuih Dan Kek Sesuai Untuk Berniaga

Anda nak mulakan perniagaan menjual kuih-muih atau kek? Tapi tak tahu nak jual jenis. Mungkin beberapa resepi ini boleh anda jadikan rujukan untuk mulakan perniagaan dengan produk bakeri.

Mungkin kita kini sudah mempunyai kerja hakiki tetapi ingin menambah pendapatan tambahan untuk diuruskan di masa lapang. Atau anda ingin mulakan perniagaan sepenuh masa untuk menjual produk bakeri.

Jadi pastinya anda perlu beberapa resepi serta produk untuk dijual. Jangan risau, ini antara 10 resepi bakeri berasaskan kuih dan kek sesuai untuk berniaga.

{tocify} $title={Table of Contents}

Resepi Bakeri Kuih Dan Kek Sesuai Untuk Berniaga

Selain menyediakan resepi, jika anda tak tahu cara untu menjual, anda boleh lihat pada bahagian terakhir panduan bisnes bakeri dari rumah.

1.  Kuih Cara Berlauk

kuih cara berlauk

Resepi ini disediakan untuk hidangan 6-7 orang. Dengan anggaran kos RM15

▶️  Bahan-Bahan Inti

  • 1 cawan isi udang (dicincang) / daging kisar / ayam kisar
  • 1 biji ubi kentang potong dadu
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang/daun sup dan cili merah (dihiris halus)
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya

▶️  Cara Memasak

1.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan ili kisar. Tumis sehingga masak

2.  Tambahan ubi kentang dan juga udang. Masukkan sedikit air dan masak hingga kering

3.  Perasakan dengan garam secukup rasa. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

▶️  Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan
  • 1 biji telur gred A
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit garam

▶️  Cara Memasak

1.  Satukan kesemua bahan dan kisar sehingga sebati

2.  Panaskan acuan di atas dapur gas dan sapu sedikit minyak

3.  Tuang 3/4 adunan ke dalam acuan. Sudukan inti, tabur hurisan cili merah dan sedikit daun sup atau daun bawan.

4.  Tutup acuan menggunakan penutup yang bersesuai dan biarkan kuih masak

5.  Siap untuk dihidangkan

2.  Kuih Lepat Jagung

Kuih Lepat Jagung

Saiz hidangan untuk 6-7 orang dengan anggaran kos RM12 sahaja.

▶️  Bahan-Bahan

  • 4 tongkol jagung (diparut)
  • 1 tongkol jagung (dihiris kasar)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • Kulit jagung secukupnya untuk membungkus

▶️  Cara Memasak

1.  Ambil periuk bersesuaian dan satukan semua bahan (kecuali kulit jagung). Kacau hingga semua tepung sebati dan tidak berketul

2.  Masak adunan guna api perlahan hingga adunan menjadi pekat. Pastikan adunan sentiasa dikacau

3.  Angkat periuk dan ketepikan

4.  Untuk membungkus, sediakan kulit jagung dan sudukan 1 sudu makan adunan yang dimasak tadi. Bunkus dengan kemas

5.  Panaskan periuk kukusan dan kukus lepat jagung selama 20 minit.

6.  Angkat, sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati

3.  Kuih Puteri Ayu Cheese Coklat

Kuih Puteri Ayu Cheese Coklat

Saiz hidangan untuk 6-7 orang dengan anggaran kos RM25 sahaja. Adunan ini mampu menghasilkan 20 biji kuih ini

▶️  Bahan A (Ayak)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powded
  • 1 sudu teh soda bikarbonat 

▶️  Bahan b

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu air
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula pasir

▶️  Bahan C 

  • 4 biji telur (kisar)

▶️  Bahan Keju

  • 250 g krim keju
  • 80 g gula kastor
  • 250 ml susu cair (boleh juga guna air)
  • 40 g tepung gandum
  • 1 biji telur

▶️  Cara Memasak

1.  Satukan semua bahan B. Masak guna api perlahan hingga gular larut

2.  Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Selang selikan dengan bahan C

3.  Sebatikan adunan hingga semua bahan sebati dan tidak berketul. Ketepikan

4.  Satukan kesemua bahan-bahan keju. Adun hingga sebati dan masukkan ke dalam piping bang

5.  Ambil acuan kuih Puteri Ayu, oleh dengan sedikit minyak. Pada masa yang sama, panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih

6.  Paipkan adunan keju ke dalam acuan. Ketebalannya bergantung pada cita rasa masing-masin

7.  Kukus adunan keju selama 3 minit. Angkat

8.  Kemudian tuang adunan coklat hingga paras 3/4 acuan. Kukus lagi selama 5-10 minit. 

9.  Angka dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan. Nanti boleh mula jual.

4.  Kuih Som Som Sagu

Kuih Som Som Sagu

Antara manisan atau kuih yang mudah disediakan. Resepi ini untuk 6-7 orang dengan anggaran harga lebih kurang RM15.

▶️  Bahan Sagu

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau

▶️  Cara Memasak

1.  Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan pewarna hijau. Kacau.

2.  Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu. Kacau hingga pekat. (masa ni sagu masuk bermata ikan). Padam api.

3.  Tuang sagu ke dalam bekas kecil. Kukus selama 15 minit sehingga sagu menjadi jernih. Sejukkan.

▶️  Bahan Kanji Som-Som

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Garam secukup rasa

▶️  Cara Memasak

1.  Satukan kesemua bahan di dalam periuk. Sebatikan dan masak hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau untuk elak berketul

2.  Tuang adunan kanji ke atas sagu tadi. Sejukkan

▶️  Bahan Air Gula

  • 1 setengah cawan air
  • 4 keping gula kerek/melaka (boleh guna gula melaka)
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai pandan (disimpul)

▶️  Cara Memasak

1.  Satukan semua bahan dan masa guna api sederhana hingga mendidih.

2.  Tapis dan sejukkan. Tuang ke atas kuih bila hendak dinikmati. Letas dalam peti ais, bagi sejuk lagi sedap!

5.  Kuih Tepung Pasung Gula Merah

Kuih Tepung Pasung Gula Merah

▶️  Bahan-Bahan

  • 125 g tepung beras
  • 50 g tepung ubi
  • 175 g gula merah
  • 200 ml air
  • 600 ml santan pekat
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu teh garam
  • Daun pisang untuk kelongsong secukupnya

▶️  Cara Memasak

1.  Sediakan kelongsong daun pisang secukupnya. Ketepikan

2.  Dalam bekas, satukan gula merah air dan pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan kemudian tapis.

3.  Dalam periuk lain, satukan tepung beras, tepung ubi santan dan garam

4.  Masukkan air gula merah tadi dan kacau sebati hingga tiada ketulan

5.  Kemudian masak dengan api perlahan sehingga meruap

6.  Tuang adunan ke dalam kelongsong dan kukus selama 25 minit atau sehingga kuih masak

7.  Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum sediah dihidangkan dan dijual kepada orang ramai.

6.  Rainbow Sandwich Bread

Rainbow Sandwich Bread

Dengan anggaran kos RM8, boleh sediakan dengan 3 buku roti.

▶️  Bahan-Bahan

  • 500 g tepung roti
  • 8 g garam halus
  • 15 g yis segera
  • 30 g gula kastor
  • 20 g susu tepung
  • 40 g lelamak sayuran
  • 310 g air sejuk
  • 5 g pelembut roti
  • Beberapa titik pewarna merah, hijau, biru dan kuning

▶️  Cara Memasak

1.  Campurkan tepung, garam, yis, gula, susu tepung, pelembut roti dan lelemak dan gaul sekata

2.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh

3.  Bahagikan doh kepada 4 bahagian

4.  Campurkan 1 pewarna pada 1 bahagian doh

5.  Rehatkan doh selama 5 minit pada suhu bilik

6.  Canai doh satu persatu. Lapiskan doh satu persatu dengan setiap doh berwarna

7.  Gulungkan doh tersebut

8.  Bahagikan doh kepada 400 g

9.  Susun di atas tin pembakar roti yang digris dengan lelamak

10.  Biarkan doh naik selama 30-40 minit atau mengembang sekali ganda

11.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 25 minit

12.  Sejukkan dan hidangkan

7.  Tuna Croissant

Tuna Croissant

Dengan anggaran kos RM30, boleh disediakan hidangan untuk 6 orang lebih kurang 30 keping.

▶️  Bahan (Croissant/Pastri)

  • 500 g tepung roti
  • 10 g garam halus
  • 10 g yis segera
  • 1 biji telur
  • 65 g mentega
  • 65 g gula kastor
  • 30 g susu tepung
  • 325 g air sejuk
  • 240 g pastri marjerin

▶️  Bahan Inti Tuna

  • 2 tin tuna in oil 
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu makan mayones
  • 1 sudu teh jus perahan lemon
  • Salan secukupnya
  • Hirisan tomato
  • Kepingan keju cheddar

Tapis dan lenyekkan tuna, tambahan bawang Holland, serbuk lada hitam, garam, mayonnaise dan perahan lemon. Gaul rata dan sedia digunakan sebagai inti

▶️  Cara Memasak Croissant

1.  Canai pastri majerin berbentuk 4 segi tepat dan sejukkan

2.  Campurkan tepung, garam, yis, gula, susu tepung dan telur dan gaul sekata

3.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh

4.  Rehatkan semua doh selama 10 minit (tutup dengan plastik)

5.  Canai doh asal menjadi 4 segi tepat setebal 6 mm

6.  Letakkan pastri margerin di tengah doh

7.  Tutup pastri marjerin dengan melipat doh kiri dan kanan seperti buku

8.  Canai doh dan ulang lagi melihat doh sebanyak 3 kali

9.  Simpan doh selama 1 jam di dalam peti sejuk

10.  Keluarkan dan canaikan doh setebal 3 mm

11.  Potong doh kepada bentuk segitiga

12.  Gulung seperti bulan sabit dan girs dengan sapuan telur

13.  Biarkan doh naik sekali ganda dan girs dengan sapuan telur sekali lagi

14.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 20 minit

15.  Sejukkan Croissant dan belah bahagian tengah, sapukan mentega di dalamnya dan letakkan sekeping keju cheddar, salah dan tomato. Diikuti dengan tuna. Selesai!

8.  Biskut Sinaran Syawal

Biskut Sinaran Syawal

Resepi daripada Chef Ismail

▶️  Bahan-Bahan

  • 170 g minyak sapi
  • 70 g gulai aising
  • Garam halus secukup rasa
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji kuning telur ayam
  • 200 g tepung gandum
  • 30 g tepung jagung
  • 30 g serbuk badam
  • 1 biji telur ayam untuk sapuan biskut

▶️  Cara Memasak

1.  Campurkan minyak sapi bersama gula aising dan garam. Puku sebati. Masukkan esen vanila dan kuning telur ayam. Kacau rata

2.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Gaul sebati sampai jadi doh yang lembut

3.  Canaikan doh setebal 3 mm. Bentukkan ikut cita rasa masing-masin. Sapukan telur ke atas permukaan biskut. Susun ke atas dulang pembakar

4.  Bakar selama 10 minit pada suhu 180°C

5.  Pastikan sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara

9.  Kimbap

Kimbap

Resepi yang dikongsikan daripada Facebook Zurina Zulkefli

▶️  Bahan-Bahan

  • 1 cawan beras sushi
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Secubit garam halus
  • Kepingan rumpai laut
  • Tikar penggulung

▶️  Bahan Inti

  • 1 ikat bayam hijau
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 3 biji telur
  • Hirisan daging secukupnya
  • Sos tiram secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya

▶️  Cara Memasak Nasi

1.  Basuh beras dan tanak seperti biasa. Air guna sukatan jari

2.  Setelah nasi masak, letak dalam mangkuk. Kemudian tambahan 1 sudu teh minyak bijan dan secubit garam halus. Gaul rata

▶️  Cara Memasak Inti

1.  Petika bahagian bayam hijau yang lembut. Celur 2 minit, angkat dan toskan.

2.  Untuk timun, potong memanjang dan buang bahagian empulur yang berjus

3.  Buang kulit lobak merah dan hiris memanjang. Kemudian sangai dalam kuali supaya sedikit lembut. Boleh tambah secubit garam.

4.  Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan tambahkan secubit garam. Masak seperti menyediakan telu dadar. Bila dah masak, hiris memanjang

5.  Untuk daging pula, perap bersama sos tiram serta serbuk lada hitam dengan secukupnya. Kemudian masak dalam kuali hingga jus daging kering. Boleh juga guna isi ayam, filamen ketam atau sosej

▶️  Cara Gulung Kimbap

1.  Tebar tikar penggulung

2.  Alas sekping rumpai laut

3.  Ratakan nasi ke atas rumpai laut (pastikan ada ruang)

4.  Letak inti satu persatu. Jangan kedekut. Lagi banyak inti, lagi sedap

5.  Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar gulungan kimbap menjadi kemas

6.  Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu

7.  Untuk menikmatinya, boleh picit mayones di atas Kimbap. Memang sedap!

8.  Sedia untuk dihidangkan

10.  Chiffon Pandan

Chiffon Pandan

▶️  Bahan A

  • 6 biji telur kuning
  • 70 g gula kasar

▶️  Bahan B

  • 5 sudu besar minyak jagung
  • 8 sudu besar air
  • 150 g tepung naik sendiri
  • Perisa pandan
  • Pewarna hijau

▶️  Bahan c - Meringue

  • 80 g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil krim tartar
  • 6 biji telur putih

▶️  Cara Buat

1.  Meringue: Putar semua bahan C sehingga kembang, gebu dan putih. Ketepikan

2.  Satukan bahan A, pukul menggunakan whisk tangan hingga berkrim

3.  Masukkan air, minyak jagung dan tepung naik sendiri. Pukul hingga sebati

4.  Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau. Satukan bancuhan ke dalam adunan meringue

5.  Tuang ke dalam acuan chiffon dan bakar pada suhu 180°C selama 45 minit. (Panaskan ketuhar terlebih dahulu selama 15 minit)

6.  Sejukkan kek sebelum dikeluarkandari acuan.

Cara Berniaga Atas Bisnes Bakeri Dari Rumah

Jika anda sudah mempunyai resepi tapi tiada ilmu untuk mulakan bisnes bakeri ini. Anda boleh dapatkan panduan mudah bisnes bakeri dari rumah. Disini akan diberikan panduan keseluruhan. Peralatan apa yang perlu ada, bahan apa yang perlu disediakan dan pelbagai lagi.

Dalam ini juga diberitahu resepi lengkap 10 produk bakeri terlaris. Jadi anda boleh fokus jual produk bakeri itu sahaja. Jika berminat, anda boleh klik belian dibawah dengan harga RM30 je. Semua ada.

BELI DISINI

bisnes bakeri


Post a Comment

Previous Post Next Post