Cara Naik Dan Melawat Skybridge, KLCC

Cara Naik Dan Melawat Skybridge, KLCC

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) senonim dengan bangunan berkembar yang mana dihubungkan dengan sebuah jambatan atau skybridge di tingkat 41. Daripada jumlah 88 tingkat pada KLCC tersebut, kalau anda nak melintasi ke bangunana sebelah anda kene naik ke tingkat 41. Tapi boleh ke naik situ?

Ya! Skybridge KLCC sememangnya dibuka kepada umum untuk naik dan untuk dilawati. Jadi orang ramai sebenarnya boleh naik ke Skybridge mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu pastinya ada bayaran dikenakan.

Jadi kalau anda berminat untuk naik dan melawat Skybridge, KLCC, anda boleh baca perkongsian Akmal Rozman di bawah ini.

Cara Naik Dan Melawat Skybridge, KLCC

Cara Naik Skybridge, KLCC

Sejak aku naik Skybridge KLCC hari Selasa lepas, ramai pulak pm tanya macam mana nak naik. Aku ingat aku sorang je baru tau. Rupanya ramai lagi tak tau. Jadi jika anda berminat untuk naik Skybridge ini, anda perlu tahu harga tiket dan masa yang ditetapkan. Bukan setiap hari tau boleh naik Skybridge ni

Kat mana nak beli tiket?

Korang pergi entrance KLCC yang ada kereta F1 kat atas kepala tu. Lepas tu pergi ke kiri atau kanan dua-dua pun boleh. Ada excalator untuk turun ke Concourse Level. (Rujuk gambar)

Cara Naik Dan Melawat Skybridge, KLCC

Macam mana nak beli tiket

Pertama sekali korang pergi tengok dulu kat skrin tv depan kaunter. Kat situ ada tulis pukul berapa SOLD OUT, pukul berapa AVAILABLE. Jangan jadi macam aku. Sampai KLCC pukul 2 petang. Tunggu member sangkut jam sampai 4.30 petang. Pergi kaunter tiket ingatkan boleh terus masuk. Sekali tiket takde. Paling awal dapat pukul 7.30 malam.


Lepas tu korang beratur lah kat kaunter & beli tiket. Kena tunjuk Kad Pengenalan tau.

Berapa harga tiket

Untuk harga tiket dan waktu operasi, boleh rujuk gambar seperti dibawah ini. Jangan pergi masa tutup pula kan.
Cara Naik Dan Melawat Skybridge, KLCC

Korang kena berada kat tempat tu setengah jam awal. Aku haritu pukul 7 dah kena ada. Tapi sebab maghrib kan. Lepas solat baru aku pergi. Takde masalah pun sebenarnya. Asalkan tak terlepas waktu untuk masuk.

Masa nak masuk, dia cek tiket. Lepas tu dia akan cek barang-barang kau bawa, scan macam kat airport tu. Makan adalah dilarang apatah lagi merokok. Satu trip akan ambil masa dalam 30-45 minit. Lepas taklimat keselamatan, staff situ akan bawa korang naik ke tingkat 41 (Skybridge). Lift dia mak aiii laju. Dia dah sampai tingkat 41, lift apartment aku rasanya baru sampai tingkat 11 kot.



Sampai kat skybridge tu, korang diberi masa 10-15 minit untuk bergambar dan berjalan-jalan atas jambatan setinggi 175m dari aras jalan & sepanjang 58m tu. Aku sarankan korang naik waktu siang. Sebab waktu malam cermin skybridge tu berkabus. So kabur sikit.

Lepas tu korang akan dibawa naik ke tingkat 83. Tukar lift untuk naik ke tingkat 86 pula. Sini paling best. Ada ruang pameran, lepastu boleh nampak menara lagi satu. Ada teleskop, korang teropong ke bawah boleh nampak orang tengah jalan kaki. Kat sini korang diberi masa 15 minit untuk bergambar dan berkeliaran.

Last sekali, korang dibawa turun sampai lah ke kedai cenderamata. Harga tak terlalu mahal. Sesuai dengan barang yang dijual. Bini aku pun beli lah magnet KLCC nak lekat kat peti sejuk. RM8.

Ingat tau! Plan tiket tu betul-betul. Tiket Skybridge RM28, tiket parking aku RM32. Nah!


sumber : facebook akmal rozman

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended