Love In Lockdown Siri Sooka Originals Pertama

Love In Lockdown Siri Sooka Originals Pertama

Kita semua pasti pernah merasai bagaimana kehidupan ketika pandemik dan ditambah pula dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ketika Lockdown kan.

Inilah yang akan dipaparkan dalam drama siri terbaru yang juga merupakan siri Sooka Original pertama berjudul Love In Lockdown terbitan Phosumpro Sdn. Bhd.

Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Siti Saleha, Julia Farhana, Shah Iskandar, Sara Mack Lubis, Gen Darwish, Amir Nafis dan ramai lagi.

BACA : Saksikan Drama Hawa Di Astro Ria (Slot Megadrama) & Sooka

Diarahkan oleh Mai Fernandez, siri ini akan disiarkan sebanyak 10 episod secara eksklusif di Sooka bermula 20 Februari 2022.

Love In Lockdown Siri Sooka Originals Pertama

Sinopsis Drama Love In Lockdown

Drama siri Love In Lockdown mengisahkan tentang kehidupan 6 individu dalam 1 keluarga yang terpaksa lalui keserabutan pandemik. Tapi dalam riuh rendah kuarantin, sinar harapan dan kasih sayang tetap utung dan going strong.

Selain itu, ianya juga mengisahkan seorang ibu dan dalam masa yang sama sebagai seorang frontliner iaitu Dr. Suzanna dalam menguruskan riuh rendah kuarantin keluarganya.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Love In Lockdown setiap hari Ahad yang mana anda boleh saksikan 2 episod pertama secara percuma di Sooka (sooka.my/loveinlockdown).

Untuk episod selebihnya, anda boleh melanggan Pelan Hiburan VIP Sooka pada harga RM15.90 sebulan atau Pelan VIP+Sports pada harga RM41.90 sebulan

Post a Comment

Previous Post Next Post