Untuk Bakal Jemaah Umrah. Anda Kini Boleh Mohon Dos Penggalak Vaksin Covid-19 Melalui MySejatera. Ini Caranya

cara mohon dos penggalak melalui mysejahtera untuk urusan menunaika umrah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini kongsikan cara untuk buat permohonan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera khusus kepada bakal jemaah umrah.

Seperti yang dilaporkan Astroawani, sebelum ini, Arab Saudi sebelum ini mengumumkan hanya mereka yang menerima suntikan vaksin jenis AstraZeneca, Pfizer, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja dibenarkan untuk menunaikan umrah dan haji.

Tetapi bagi mereka yang menerima vaksin jenis Sinovac, mereka perlu dapatkan dos penggalak (booster shot) untuk memasuki Arab Saudi seperti mana yang ditetapkan.

Seperti yang ditetapkan oleh KKM di Malaysia, penerima vaksin Sinovac, mereka boleh dapatkan dos penggalak selepas tempoh yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan selepas menerima suntikan dos kedua.

Jadi selepas waktu tersebut, barulah anda boleh buat permohonan bila-bila masa untuk dapatkan booster shot yang boleh dibuat melalui aplikasi MySejatera sahaja.

Cara Permohanan Dos Penggalak Untuk Tujuan Umrah

Kepada bakal jemaah umrah, berikut merupakan kaedah dan cara permohonan dos penggalak vaksin Covid-19 yang boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera

LANGKAH 1

Masuk ke aplikasi MySejatera anda, kemudian pergi ke bahagian Home dan klik Helpdesk.

LANGKAH 2

Kemudian melalui beberapa pilihan, cari Janji Temu Vaksinasi Penggalak (Pilih A)

LANGKAH 3

Pilih G : 'Saya perlu ke luar negara untuk urusan perniagaan / umrah'

LANGKAH 4

Kemudian masukkan ID Mysejahtera anda (No Telefon), nombor kad pengenalan/pasport, pilih negara dan akhir sekali muat naik dokumen pengesahan umrah.

Cara Permohanan Dos Penggalak Untuk Tujuan Umrah

Sila bawa dokumen yang dimuatnaik untuk pengesahan di Pusat Pemberian Vaksin. Pegawai yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin boleh membatalkan vaksinasi anda sekiranya dokumen anda tidak dapat disahkan

Post a Comment

Previous Post Next Post