Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong Di Astro Citra

Jika sebelum ini Tanah Kubur, telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong akan mengisi slot Citra Exclusive pada 8 Januari 2022 ini di siaran Astro Citra.

Telefilem seram komedi ini merupakan terbitan World Evolution Brain, diarahkan oleh Dato' Jurey Latiff Rosli, nukilan skrip oleh MF Kenchana dengan dibarisi pelakon terkenal Malaysia.

Antara yang terlibat dalam telefilem ini seperti Faizal Hussein, Dato Hilal Azman, Taufik Hanafi, Saiful Ghaz, Suhaimi Sulaiman, Yeop Hashim dan ramai lagi.

Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong Di Astro Citra

Sinopsis Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong

Orang Minyak Kampung Lenggong mengisahkan Amir (Faizal Hussein) yang ingin menjadi kaya dengan meminta bantuan Tok Ketua Kg. Bunian (Dato Jurey).

Walaupun begitu ada syarat yang mesti dipatuhi dimana Amir tidak dibenarkan mengambil rasuah apabila dia menjadi kaya kelak.

Tetapi Amir telah melanggar syarat dan telah melakukan rasuah dan sekali gus jatuh miskin semula.

Amir terpaksa melakukan 'sesuatu' terhadap 21 lelaki yang mengambil rasuah di Kampung Lenggong untuk dia mendapatkan semula kekayaannya. Adakah beliau berjaya?

Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong Di Astro Citra

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong pada 8 Januari ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra CH108.

Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasi yang boleh anda muat turun di App Store dan Play Store.

Post a Comment

Previous Post Next Post