Senarai Filem Melayu Terbaru Untuk Tahun 2022

filem melayu baru tahun 2022

Mungkin ramai yang dah tak sabar nak tahu filem melayu apa yang bakal ditayangkan sepanjang tahun 2022 ini sama ada menerusi tayangan panggung wayang atau di pawagam rumah, Astro First.

Industri perfileman kini kembali beroperasi seperti biasa selepas setahun lebih terpaksa dihentikan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan wabak Covid-19 yang berlaku.

Dalam tempoh tersebut, tidak dibenarkan shooting atau membuat pengembaraan malahan panggung wayang juga tidak dibenarkan beroperasi.

Walaupun kini ianya kembali sedia kala, tetapi setiap individu perlu memainkan peranan untuk menjaga SOP yang telah ditetapkan baik pengarah, pelakon, krew, pekerja dan lain-lain ketika berada di set.

BACA : Senarai Drama Melayu Terbaru Untuk Tahun 2022

Lepas ni, akan banyaklah filem-filem khususnya filem tempatan akan kembali ditayangkan di pawagam untuk dipertontonkan oleh peminat-peminat filem tanah air.

Korang ada filem melayu yang ditunggu-tunggu tayangannya pada tahun ini? Nak tahu filem apa yang ada, jom kita tengok senarai Filem Melayu Terbaru sepanjang tahun 2022

Senarai Filem Melayu Terbaru Sepanjang Tahun 2022

Dalam senarai ini ada yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan ada yang ditayangkan di Astro First. Ada beberapa filem yang masih belum tetapkan tarikh tayangan juga. Ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pawagam

  • Nasi Lemak 1.0 - 27 Januari 2022
  • Kongsi Raya - 3 Februari 2022
  • Syahadan - 17 Februari 2022
  • Rumah - 24 Februari 2022
  • The Assistant - 10 Mac 2022
  • Gila Gusti - 17 Mac 2022
  • Mat Kilau - 23 Jun 2022
  • Musyrik - Api Neraka Menantimu - 7 Julai 2022
  • Bintang Hatiku - 28 Julai 2022
  • Gadis Jolobu - 4 Ogos 2022
  • Jerangkung Dalam Almari - 4 Ogos 2022
  • Air Force The Movie - 25 Ogos 2022
  • Anak Rimau The Movie - 1 September 2022
  • Abang Long Fadil 3 - 8 September 2022
  • Juang - 8 September 2022
  • Ada Hantu 2 - 15 September 2022
  • Zaara - 22 September 2022
  • Rasuk - 29 September 2022
  • Seratus - 6 Oktober 2022
  • Biko - 13 Oktober 2022
  • Siku 12: Langkah Derhaka - 27 Oktober 2022
  • Remp-It 2 - 24 November 2022
  • Mechamato The Movie - 8 Disember

Astro First

  • Rompak - 16 Jun 2022
  • 35mm - 21 Jun 2022
  • 7 Minggu Sebelum Kahwin - 7 Julai 2022
  • Bintang Hatiku - 28 Julai 2022
  • Kalut Nak Kahwin - 4 Ogos 2022
  • Lockdown Love - 6 Ogos 2022
  • Kan Cheong - 11 Ogos 2022
  • Kampung Latah The Mummy - 25 Ogos 2022
  • Cikgu Vs Hantu - 8 September 2022

filem melayu baru tahun 2022

Mungkin Mechamato dan Air Force tu macam ditunggu-tunggu ni. Anda pula bagaimana? Filem mana paling ditunggu-tunggu?

Post a Comment

Previous Post Next Post