Telefilem Nafsu Mental Di Astro Citra (Slot Citra Exclusive)

telefilem nafsu mental astro citra

Jika sebelum ini kita disajikan dengan telefilem seram komedi, untuk kali ini akan dibawakan pula sebuah telefilem thriller psycho berjudul Nafsu Mental.

Sebuah telefilem arahan Feroz Kader ini akan bersiaran pada 15 Januari 2022 di slot Citra Exclusive di Astro Citra selepas tayangan sebelum ini iaitu Orang Minyak Kampung Lenggong.

Telefilem ini merupakan terbitan Fast Motion Sdn. Bhd dengan penghasilan skrip daripada kerjasama antara Tommy Loh dan Pouvin Sandera.

Antara barisan pelakon yang terlibat seperti Syafiq Kyle, Fatin Afeefa, Riz Amin, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd dan ramai lagi.

telefilem nafsu mental astro citra

Sinopsis Telefilem Nafsu Mental

Telefilem Nafsu Mental ini mengisahkan tentang tabiat buruk yang mendorong seseorang yang pada pandangan mata kasar manusia sebagai ‘orang baik’.

Kerana itu, kadang kala tindakannya tersebut boleh berlaku di luar batas kemanusiaan. Apa yang terjadi sebenarnya? Ikuti telefilem ini sehingga pengakhiran.

telefilem nafsu mental astro citra

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Nafsu Mental pada 15 Januari ini, hari Sabtu jam 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108.

Telefilem ini juga anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel.

Post a Comment

Previous Post Next Post