6 Peserta Layak Ke Pentas Akhir Gegar Vaganza 8 (Lagu Tugasan)

6 Peserta Layak Ke Pentas Akhir Gegar Vaganza 8 (Lagu Tugasan)
gambar : astrogempak

Selepas 9 minggu, baru kita tahu apabila hanya 6 peserta yang layak ke pentas Akhir Gegar Vaganza 8 yang bakal berlangsung di minggu ke-10 nanti.

BACA : Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) Untuk Tahun 2021

Pada peringkat separuh akhir terdapat 8 peserta yang berjaya membuat persembahan bersama 2 lagu yang dimedleykan dan daripada jumlah tersebut, 2 peserta terpaksa akur tersingkir iaitu Shidee dan Ani Maiyuni.

6 peserta yang berjaya mara ke pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan adalah Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Nor dan Suki Low.

Mereka semua akan membawakan 3 buah lagu iaitu sebuah lagu solot, sebuah lagu duet bersama artis dan juga lagu battle.

Tugasan Dan Lagu Peserta Di Pentas Akhir Gegar Vaganza 8

Berikut merupakan lagu yang akan dibawa oleh para peserta beserta lagu battle.

Aweera

  • Lagu Solo : Beggin' (The 4 Season)
  • Lagu Duet : Bersama Liza Hanim (Sepi - Aina Abdul)

Nikki Palikat

  • Lagu Solo : Terasing (Sudirman)
  • Lagu Duet : Bersama Idayu (Mengapa - Nicky Astria)

Aliff Aziz

  • Lagu Solo : Sampai Syurga (Faizal Tahir)
  • Lagu Duet : Bersama Hafiz Suip (Dealova - Once)

Azan Scan 

  • Lagu Solo : Seribu Tahun Takkan Mungkin (Bumiputra Rockers)
  • Lagu Duet : Bersama Shiha Zikir (Dilema 03 - Datuk Nora & Vince)

Adiba Nor 

  • Lagu Solo : Seroja (S. Effendi)
  • Lagu Duet : Bersama Dato' Zainal Abidin (Kau Di Hatiku - Zainal Abidin)

Suki Low

  • Lagu Solo : Titanium (David Guetta Ft Sia)
  • Lagu Duet : Bersama Shila Amzah (Jera - Agnes Monica)

Lagu Battle 

  • Nikki VS Suki Low (Gangnam Style - PSY)
  • Aliff Aziz VS Aweera (Bangun - Aman Ra)
  • Adibah Nor VS Azan Scan (Kami Rappers - 4U2C)

Jadi jangan terlepas untuk saksikan pentas Akhir Gegar Vaganza 8 yang akan bersiaran langsung pada 23 Januari 2022 ini, hari Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan juga Astro Go.

Siapakah yang bakal membawa gelaran juara Gegar Vaganza 8 untuk tahun 2022 ini? Saksikan nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post