Telefilem Kampung Si Rabun Di TV2 (Drama On 2)

telefilem kampung si rabun tv2

Minggu ini, RTM akan bawakan sebuah telefilem komedi keluarga berjudul Kampung Si Rabun yang akan ditayangkan pada 17 Januari 2022 menerusi slot Drama On 2 di TV2.

BACA : Telefilem Hantu Viral Di TV2 (Slot Drama On 2)

Telefilem terbitan MToons Media ini merupakan idea asal daripada Ika Sabreena A.T, diarahkan oleh MP Roslin hasil nukilan skrip oleh Haida Mazni.

Ianya dibarisi pelakon-pelakon seperti Nafiez Zaidi, Neera Azizi, Along Cham, Azzahra Ahmad, Wahid Senario, Shamsul Ghau-Ghau, Amyza Aznan dan ramai lagi.

telefilem kampung si rabun tv2

Sinopsis Telefilem Kampung Si Rabun

Telefilem Kampung Si Rabun mengisahkan tentang masyarakat sebuah kampung iaitu Kampung Cahaya yang semua penduduknya mempunyai masalah rabun seperti rabun dekat, rabun jauh dan rabun warna.

Kejadian mula menjadi kecoh iaitu sewaktu pemilihan ketua kampung yang barul. Jalil (Along Cham) iaitu anak bekas ketua kampung dan Megat (Nafiez Zaidi) merupakan calon yang dipilih untuk menjadi ketua kampung yang baru.

Che Normah (Neeza Azizi), ratu kampung Cahaya yang mempunyai masalah rabun warna merah dan Senah (Azzahra Ahmad) yang mempunyai masalah silau jatuh hati pada Megat.

Maka disinilah bermula pelbagai muslihat Jalil yang cuba mensabotaj Megat dek kerana cemburu kerana di juga ada hati terhadap Normah.

telefilem kampung si rabun tv2

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem Kampung Si Rabun pada 17 Januari ini, hari Isnin jam 9.00 malam di slot drama On 2 di TV2.

Telefilem ini juga anda boleh saksikan secara striming di portal online rtm iaitu rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi rtmklik yang boleh dimuat-turun di play store atau app store.

Post a Comment

Previous Post Next Post