Telefilem Hantu Viral Di TV2 (Slot Drama On 2)

drama hantu viral tv2 tahun 2022

Pada minggu ini, sebuah telefilem seram komedi berjudul Hantu Viral akan mengisi slot Drama On 2 pada 10 Januari 2022 di siaran RTM TV2.

BACA : Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Di TV2

Telefilem berdurasi 120 minit ini merupakan terbitan Cineorama Sdn. Bhd., diarahkan oleh M. Suurya dengan hasil nukilan skrip oleh Jefry Talib.

Ianya menampilkan barisan pelakon-pelakon terkenal Malaysia seperti Arja Lee, Ebby Yus, Eika Zulkifli, Sathiya, Ruby Ooi, Ghani Ahmad, Caca Raja Lawak dan ramai lagi.

drama hantu viral tv2 tahun 2022

Sinopsis Telefilem Hantu Viral

Telefilem Hantu Viral mengisahkan Aziz (Arja Lee) iaitu seorang Youtuber amatur yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia content creator yang juga ingin menjana pendapatan dengan menghasilkan video Youtube.

Jadi kali ini Aziz telah membuat keputusan dan memilih untuk menghasilan content atau video melalui pengalamannya tinggal di sebuah rumah lama.

Di situ pelbagai kisah suka duka dan gangguan yang dialami oleh Aziz. Aziz juga memberi idea kepada ketua kampung agar penduduk kampung berkongsi kisah menarik atau perniagaan mereka di media sosial bagi menjana pendapatan mereka pula.

drama hantu viral tv2 tahun 2022

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem Hantu Viral pada 10 Januari ini, hari Isnin, jam 9.00 malam di slot Drama On 2 RTM TV2.

Jika yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik iaitu rtmklik.rtm.gov.my dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya

Post a Comment

Previous Post Next Post