Drama Maryam Qistina Di TV Okey (Drama Okey)

drama maryam qistina di tv okey

Drama Maryam Qistina akan mengisi slot Drama Okey bermula 4 Januari 2022 yang akan disiarkan di siaran RTM TV Okey dan juga melalui perkhidmatan penstriman RTMKLIK.

Dama bersiri 26 episod yang merupakan idea asal daripada Mufid Suhaimi merupakan terbitan Lockframe Sdn. Bhd., diarahkan oleh Saiful Zul-Aried Mohd Karib dan hasil nukilan skrip oleh Syafiq Shafie, Anoy Poey dan AV Team.

Naskhah ini bakal menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Eleena Sui, Ikhram Juhari, Aisha Illias, Aida Khaleeda, Jesse Lim, Aisyah Atan, Akhmal Nazri, Aliza Syahdan ramai lagi.

Manakala OST drama ini bertajuk Takkan Berubah nyanyian Sufian Suhaimi & Amira Othman. Komposert oleh Farouk Roman dan penulis lirik oleh Amylea

drama maryam qistina di tv okey

Sinopsis Drama Maryam Qistina

Drama Maryam Qistina mengisahkan kekuatan Qistina mengharungi kehidupan sehari-hari sebagai seorang wanita bekerjaya bersama suami dan anak-anak tercinta.

Namun begitu, perjalanan hidup Maryam Qistina tidaklah seindah yang disangka apabila dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai ringtangan dan halangan disekelilingnya dek ketamakan harta dan nafsu manusia.

Jadi beliau terpaksa menjaga keluarga disamping harungi ranjau yang menimpanya. Berjaya Qistina menyelamatkan keluarga dan kerjayanya?

Jangan lupa tonton drama ini sehingga habis.

drama maryam qistina di tv okey

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Maryam Qistina bermula 4 januari ini, setiap hari Selasa hingga Sabtu, 2.30 petang di slot Drama Okey di siaran TV Okey, Astro 146 dan Myfreeview 110.

BACA : Tonton Semua Episod Drama Rudy Vs Jolie (TV Okey RTM)

Drama ini ini juga tersedia di portal online RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my atau klik sini bagi menonton kesemua episod yang disediakan.

Post a Comment

Previous Post Next Post