Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Lepas Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memaklumkan bahawa, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan.

Pihak pengurusan FAM menghormati keputusan beliau dan telah bersetuju melepaskannya selepas perbincangan yang telah dibuat bagi menyatakan hasrat beliau tersebut.

Keputusan ini dibuat berikutan kegagalan skuad kendaliannya untuk mara ke peringkat Separuh Akhir dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura baru-baru ini.

Dalam kejohanan tersebut, Harimau Malaya hanya berjaya meraih tempat ke-3 dibelakang Indonesia dan Vietnam dalam kumpulan B sekali gus gagal ke peringkat seterusnya.

Tan Cheng Hoe Lepas Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Untuk rekod, Tan Cheng Hoe telah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula dengan skuad B-20 Kebangsaan sebagai penolong jurulatih.

Kemudian diikuti khidmat sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan pada tahun 2005 hingga 2013 dan kembali semula pada tahun 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan ketika itu, Nelo Vingada.

Antara kejayaan yang dikecapi bersama pasukan Malaysia apabila memenangi emas di Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 sebagai pembantu jurulatih ketika itu, Datuk K. Rajagopal.

Yang terbaru adalah bergelar naib juara Piala Suzuki AFF 2018 dan ketika itu sebagai ketua jurulatih.

Selamat maju jaya coach TCH selepas ini di pasukan baru. Terima kasih untuk segala jasa yang dicurahkan untuk skuad Malaysia, skuad Harimau Malaya selama ini.


sumber : FAM

Post a Comment

Previous Post Next Post