Drama Derhaka Cinta Jebat Di TV1 (Slot Widuri)

Drama Derhaka Cinta Jebat Di TV1 Slot Widuri

Derhaka Cinta Jebat akan mengisi slot Widuri bermula 3 Januari 2021 sekali gus menjadikan drama bersiri terbaru pembuka tirai di saluran RTM TV1.

BACA : Telefilem Asam Manis Gulai Cinta (Drama On 2 Di TV2)

Drama bersiri 26 episod yang diadaptari dari novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd, diarahkan oleh Ejump Mohd dan nukilan skrip oleh Syed Mohamaad Taufik Syed Abdul.

Ianya bakal menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Faez Nick, Daniel Fong, Ikhwan Rosli, Nina Fazurina dan ramai lagi.

Drama Derhaka Cinta Jebat Di TV1 Slot Widuri

Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat

Drama Derhaka Cinta Jebat mengisahkan tentang Jebat Zulkarnain (lakonan Azlee Khairi) yang sanggup menzalimi isterinya, Aisyah Humaira (Elvina Mohamad) kerana sifat dendam, salah faham dan ego.

Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar.

Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya.

Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu.

Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka.

Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri.

Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?

Drama Derhaka Cinta Jebat Di TV1 Slot Widuri

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Derhaka Cinta Jebat bermula 3 Januari ini, setiap hari Isnin hingga Khami, jam 6.00 petang menerusi slot Widuri di TV1.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menonton menerusi portal online RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my dan rtm mobile. Muat-turun aplikasi di App Store atau Play Store - TONTON DISINI

Post a Comment

Previous Post Next Post