Jadual Perlawanan Siaran Langsung Kejohanan Piala Suzuki AFF 2020 Singapura

Jadual Perlawanan Siaran Langsung Kejohanan Piala Suzuki AFF 2020 Singapura

Kejohanan bola sepak terbesak Asia Tenggara akan menemui anda bermula Disember ni. Piala Suzuki AFF 2020 akan membuka tirai kejohanan bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 dimana Singapura selaku tuan rumah untuk edisi kali ini.

AFF Suzuki Cup 2020 menampilkan pasukan bola sepak kebangsaan Asia Tenggara bagi merebut gelaran juara pasukan manakah yang paling unggul di rantau ini. Kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun sekali dan kali ini adalah edisi yang ke-13.

Kejohanan ini sepatutunya dijadualkan berlangsung pada November hingga Disember 2021. Namun disebabkan dunia dilandan badai wabak Covid-19, ianya terpaksa ditunda dan dibawa kepada tahun berikutnya iaitu tahun 2021.

Piala Suzuki bakal menampilkan 10 pasukan bola sepak kebangsaan dan diundi dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama juara bertahan Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Hanya dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat Separuh Akhir dan meneruskan cabaran ke peringkat Akhir dan meraih gelaran juara.

Seramai 24 pemain kebangsaan yang telah dipilih bagi mewakili pasukan Harimau Malaya kendalian Ketua Jurulatih Kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi kejohanan kali ini.

Pemain Harimau Malaya Kejohanan Piala Suzuki AFF 2020 Singapura

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Piala Suzuki AFF 2020

Perlawanan untuk kejohanan kali ini akan berlangsung di 2 stadium iaitu Stadium Nasional, Kallang dan Stadium Bishan. Bagi peringkat Separuh Akhir dan Akhir, ianya akan berlangsung di Stadium Nasional.

Jadi ayuh berikan sokongan kepada pemain-pemain negara dimana anda boleh saksikan perlawanan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh saksikan perlawanan secara live menerusi saluran RTM TV Okey dan Sukan RTM serta tontonan secara online di RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my

Kumpulan A - Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor-Leste
Kumpulan B - Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja, Laos

PERINGKAT KUMPULAN

5 Disember 2021

Singapura (3) - (0) Myanmar

Timor-Leste (0) - (2) Thailand

6 Disember 2021

Kemboja (1) - (3) Malaysia

  • 23' (P) Safawi Rasid | 61' Akhyar Rashid | 78' Kogileswaran
  • 90' (P) Sath Rosib

Laos (0) - (2) Vietnam

8 Disember 2021

Myanmar (2) - (0) Timor-Leste

Filipina (1) - (2) Singapura

9 Disember 2021

Malaysia (4) - (0) Laos

  • 7', 34', 80' Safawi Rasid | 78' Shahrul Saad

Indonesia (4) - (2) Kemboja

11 Disember 2021

Timor-Leste (0) - (7) Filipina

Thailand (4) - (0) Myanmar

12 Disember 2021

Laos (1) - (5) Indonesia

Vietnam (3) - (0) Malaysia

  • 32' Nguyen Quang Hai | 36' Nguyen Cong Phuong | 89' Nguyen Haong Duc

14 Disember 2021

Filipina (1) - (2) Thailand

Singapura (2) - (0) Timor-Leste

15 Disember 2021

Indonesia (0) - (0) Vietnam

Kemboja (3) - (0) Laos

18 Disember 2021

Thailand (2) - (0) Singapura

Myanmar (2) - (3) Filipina

19 Disember 2021

Vietnam (4) - (0) Kemboja

Malaysia (1) - (4) Indonesia

  • 13' R. Kogileswaran
  • 36' 43' Irfan Jaya | 50' P. Arhan | 82' E. Baggott

SUKU AKHIR

22 Disember 2021 (1st-Leg)

Singapura (1) - (1) Indonesia

  • 28' Witan Sulaeman (INA)
  • 70' Ikhsan Fandi (SIN)

23 Disember 2021 (1st-Leg)

Vietnam (0) - (2) Thailand

  • 14', 23' Chanathip Songkrasin

25 Disember 2021 (2nd-Leg)

Indonesia (4) - (2) Singapura (ET) [5-3]

  • 11' Ezra Walian | 87' Pratama Arhan | 91' Shawal Anuar | 107' Egy Maulana (INA)
  • 49' Song Ui-Young | 74' Shahdan Sulaiman (SIN)

26 Disember 2021 (2nd-Leg)

Thailand (0) - (0) Vietnam [2-0]

AKHIR

29 Disember 2021 (Final 1st-Leg)

Indonesia (0) - (4) Thailand

  • 2', 52' Chanathip Songkrasin | 67' Supachok Sarachart | 83' Bordin Phala

1 Januari 2022 (Final 2nd-Leg)

Thailand (2) - (2) Indonesia (Ag : 6-2)

  • 54' Adisak Kraisorn | 56' Sarach Yooyen (THA)
  • 7' Ricky Kambuaya | 80' Egy Mualana (INA)

JUARA PIALA SUZUKI AFF 2020 : THAILAND

Untuk dapatkan rangkuman dan keputusan bagi aksi penuh, anda boleh layari laman web www.affsuzukicup.com

Post a Comment

Previous Post Next Post