Survival 486 Di Astro Citra (Citra Exclusive)

survival 486 di astro citra

Menyusuli Nafsu Mental sebelum ini, sebuah lagi telefilem thriller akan mengisi slot Citra Exclusive iaitu Survival 486 pada 22 Januari 2022 di Astro Citra.

Telefilem ini merupakan terbitan Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Faizal Nadxaman, nukilan skrip oleh Marr Mohamad.

Ianya menampilkan Nora Danish sebagai pelakon utama sepanjang babak dan dibantu juga pelakon lain seperti Redza Rosli, Lydiawati, Khairil Anwar Aman, Ezany Nizariff dan ramai lagi.

survival 486 di astro citra

Sinopsis Telefilem Survival 486

Telefilem Survival 486 mengisahkan tentang Syuhada iaitu seorang gadis naif yang mencintai alam sekitar dimana telah bersetuju untuk melakukan aktiviti hiking bersama rakan-rakannya di Bukit Damai pada hujung minggu.

Namun ketika hari kejadian, Syuhada berasa hairan dan pelik kerana kawan-kawannya tidak muncul walaupun telah sampai pada waktunya.

Dengan itu, dia menyangkakan teman-temannya telah meninggalkan dia dan telah melakukan aktiviti pendakian. Jadi tanpa berfikir panjang, Syuhada pun masuk ke hutan dan berjalan seorang diri.

Malang telah menimpa Syuhada apabila dia telah terjatuh ke dalam lubang yang kedalamannya 15 kaki sekali gus dia tidak mampu untuk keluar dari lubang tersebut tanpa bantuan orang lain.

Apakah nasib Syuhada selepas itu? Bagaimana keadaannya ketika berseorangan di dalam hutan? Bagaimana pula dengan rakan-rakannya yang lain?

survival 486 di astro citra

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Survival 486 pada hari Sabtu, 22 Januari 2022, jam 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108.

Telefilem ini juga anda boleh strim dan tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasinya yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store.


sumber : rancangantivi.com

Post a Comment

Previous Post Next Post