Calon Isteri Abang Macho Di TV2

calon isteri abang macho tv2

Telefilem seterusnya bagi slot Drama On 2 berjudul Calon Isteri Abang Macho yang akan bersiaran pada 19 Januari 2022 di RTM TV2.

BACA : Telefilem Kampung Si Rabun Di TV2 (Drama On 2)

Sebuah telefilem komedi romantik terbitan Story Seller Sdn. Bhd. ditayangkan semula untuk tontonan ramai dimana sebelumnya pernah disiarka di TV Okey.

Antara pelakon yang membarisi telefilem ini seperti Amar Asyraf, Afifah Nasir, Zulkifly Ismail, Khatijah Tan, Ilya Sepahtu, Dottie dan ramai lagi.

calon isteri abang macho tv2

Sinopsis Calon Isteri Abang Macho

Telefilem Calon Isteri Abang Macho mengisahkan Mansor (Amar Asyraf) yang juga mahu dipanggil Mansor Macho kerana merasakan dirinya kacak.

Ibunya, Mak Som (Khatijah Tan) mahu menjodohkannya dengan Mila Bam Bam (Afifah Nasir), rakan sepermainannya yang sering dibulinya semasa kecil.

Menyangkakan Mila masih tembam seperti waktu kanak-kanak, Mansor menolak cadangan tersebut bulat-bulat! Jauh panggang dari api katanya. Tapi Mansor tak tahu, Mila sudah berubah sepenuhnya.

Apa agaknya keputusan Mansor ketika dapat tahu perubahan pada Mila tu agaknya?

calon isteri abang macho tv2

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Calon Isteri Abang Macho pada 19 Januari ini, hari Rabu jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2.

Telefilem ini juga anda boleh saksikan menerusi portal online RTM iaitu rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasinya yang anda boleh muat turun di Play Store atau App Store.

Post a Comment

Previous Post Next Post