5 Electric Scooter Terbaik Harga Bawah RM2000 Tahun 2024

electric scooter terbaik

Electric Scooter atau Skuter Elektrik semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Semakin banyak eScooter dijual dipasaran mengikut tanda harga yang berbeza. Anda boleh lihat sini 5 electric scooter yang terbaik dengan harga bawah RM2000 untuk tahun 2024.

eScooter mendapat sambutan kerana anda tidak perlu lagi tolak seperti skuter biasa kerana ianya bergerak menggunakan enjin dari kuasa bateri. Minat kerana saiznya yang kompak dan ianya boleh digunakan dimana-mana sahaja.

Orang ramai kini banyak menggunakan ketika beriadah, berjalan-jalan ambil angin waktu petang. Bergerak ke tempat yang dekat dengan kediaman kini lebih memudahkan. Ditambah pula tak perlu guna petrol pun. Guna bateri sahaja.

{tocify} $title={Table of Contents}

5 Electric Scooter terbaik harga bawah RM2000 untuk tahun 2024

Jika anda ingin dapatkan sebuah skuter elektrik dengan bajet bawah RM2000, anda boleh tengok senarai dibawah dan juga disertakan pautan pembelian.

1)  Xiaomi Mi Electice Scooter Essential Lite

Xiaomi Mi Electice Scooter Essential Lite

Ini lah antara pengeluar yang mengeluarkan pelbagai barangan termasuk skuter elektrik ini dengan harga berpatutan. Sebuah escooter yang mempunyai paparan menunjukkan kelajuan, mod kelajuan, status kunci, status bater dan sebagainya. 

Selain itu, escooter ini juga boleh dismbungkan dengan aplikasi Mi Home dan boleh pantau terus daripada telefon pintar anda sahaja. Ciri sebuah escooter semua ada padanya.

  • Kuasa Motor : 250 W
  • Jarak Perjalanan : 20 km
  • Berat : 12 kg
  • Max Kelajuan : 20 km/h
  • Saiz tayar : 8.5" tayar pneumatic
  • Brek : E-ABS + disc brake
  • Dimensi : 1080 x 430 x 1140mm
  • Bateri : 5100 mAh
  • Harga : RM1178

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Shopee】【Lazada

2)  Xiaomi Mi Electic Scooter 1S

Xiaomi Mi Electric Scooter 1S

Model 1S adalah lebih baik daripada model essential lite sebelum ini. Dengan kuasa motor, jarak perjalanan lebih jauh dan lebih laju. Ciri-ciri lain hampir sama iaitu mempunyai paparan untuk data, boleh buat sambungan menerusi aplikasi Mi Home dan banyak lagi.

Ciri keselamatan seperti lampur pada bahagian hadapan dan juga lampu brek pada bahagian belakang. Terdapat 3 mod pada skuter ini iaitu eco mode, standard dan juga sport mode.

  • Kuasa Motor : 250 W
  • Jarak Perjalanan : 30 km
  • Berat : 12.5 kg
  • Max Kelajuan : 25 km/h
  • Saiz tayar : 8.5" tayar pneumatic
  • Brek : E-ABS + disc brake
  • Dimensi : 1080 x 430 x 1140mm
  • Bateri : 7650 mAh
  • Harga : RM1475

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Shopee】【Lazada

3)  Xiaomi Mi Electic Pro 2

Xiaomi Mi Electic Pro 2

Bagi yang berbadan lebih besar dan jika anda inginkan sebuah electric scooter jenama Xiaomi, anda boleh ambil model Pro 2. Ianya sedikit lebih besar berbanding model sebelum ini. Tambahan lagi spesifikasi yang ditawarkan juga pastinya lebih baik. Tetapi sedikit mahal berbanding yang sebelumnya

  • Kuasa Motor : 300 W
  • Jarak Perjalanan : 45 km
  • Berat : 14.2 kg
  • Max Kelajuan : 25 km/h
  • Saiz tayar : 8.5" tayar pneumatic
  • Brek : E-ABS + disc brake
  • Dimensi : 1130 x 430 x 1180mm
  • Bateri : 12800 mAh
  • Harga : RM1999

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Shopee】【Lazada

4)  ES Volt Electic Scooter Lite 10

ES Volt Electic Scooter Lite 10

Sebuah lagi jenama yang menawarkan electric scooter adalah dari jenama ES Volt dengan model Lite 10. Skuter ini selain digunakan ketika berdiri, ianya menyediakan ruang untuk meletakkan seat untuk duduk. Jadi anda boleh gunakan dalam mod berdiri atau duduk.

Had berat bagi skuter ini adalah 150kg. Jadi orang dewasa dan seorang kanak-kanak masih lagi boleh menampung. Selain itu ianya juga kalis air. Kalau dalam hujan, masih lagi boleh digunakan. 

Paling best Lite 10 ini menawarkan depan depan, belakang dan bahagian tempat duduk dengan suspension. Jadi tiadalah gegaran melampau ketika memandu escooter tersebut.

Skuter elektrik ini menawarkan antara bateri tahan yang paling lama iaitu sehingga 40 km dan juga kelajuan maksimum paling tinggi juga iaitu sehingga 40 km/h. Bagi yang sukana sedikit kelajua, mungkin anda boleh dapatkan ES Volt Lite 10 ini.

  • Kuasa Motor : 800 W
  • Jarak Perjalanan : 40 km
  • Max Kelajuan : 40 km/h
  • Saiz tayar : 10" durable tire
  • Brek : E-ABS + disc brake
  • Dimensi : 1130 x 430 x 1180mm
  • Bateri : 10400 mAh
  • Harga : RM1780

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Shopee】【Lazada

5)  SEALUP XLP- Q9 Electric Scooter

SEALUP XLP- Q9 Electric Scooter

escooter ini sesuai untuk bagi mereka yang berbadan besar atau ingin naik 2 orang bersama anak kecil termasuklah boleh diletakkan kerusi. Kerana ianya mampu bertahan sehingga 150kg. Selain itu ianya boleh ditunggang ketika hujan kerana kalis air. Juga terdapat suspension pada bahagian depan dan belakang tayang serta pada kerusi

  • Kuasa Motor : 350 W
  • Jarak Perjalanan : 45 km
  • Max Kelajuan : 35 km/h
  • Saiz tayar : 10" tayar
  • Brek : E-ABS + disc brake
  • Harga : RM1672

⏩ Link Shopping :【Lazada】【Lazada

Sudah ada yang berkenan dihati dan ingin dapatkannya selepas ini? Diharapkan ianya membantu khususnya untuk anda yang ingin mencari satu scooter electric dengan bajet dan harga bawah RM2000 untuk tahun 2024.

Post a Comment

Previous Post Next Post