Drama Kau Cipta Kasih Di TV3 (Slot Samarinda)

drama kau cipta kasih di slot samarinda tv3

Menyusuli Saat Kau Taklut Cinta Ini, drama Kau Cipta Kasih akan mengisi slot Samarinda bermula 13 Januari 2022 yang akan bersiaran di TV3.

Drama bersiri 15 episod yang diinspirasikan dari novel 'Kau Cipta Kasih' karya Azilah Wahab merupakan terbitan Ansar Creative Media Sdn. Bhd.

Naskah ini diarahkan oleh Nazir Jamaludin hasil nukilan skrip oleh penulis novel ini sendiri iaitu Azilah Wahab bersama Azlina Din.

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Nazim Othman, Uyaina Arshad, Amanda Amry, Fify Azmi dan Sherie Merlis.

Mereka dibantu oleh pelakon lain seperti Nafiz Muaz, Sahronizam, Marissa Yasmin, Dilla Ahmad, Norlia Ghani, Mustapha Kamal dan ramai lagi.

drama kau cipta kasih di slot samarinda tv3

Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih

Drama Kau Cipta Kasih mengisahkan sebuah kisah masyarakat yang menyentuh hati, memaparkan pengorbanan dan ketabahan, kehidupan anak OKU yang tersisih, isteri yang didera, mangsa perkosaan dan kerakusan manusia yang tidak mengenal pahala dan dosa

Namun mereka tetap menyusuri kehidupan yang penuh cabaran. Mengharapkan kasih sayang dan kebahagiaan yang bakal menjelma.

drama kau cipta kasih di slot samarinda tv3

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Kau Cipta Kasih bermula 13 Januari ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara striming menerusi platform Disney+ Hotstar Malaysia. Langgan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post