Filem Gracias Barcelona Di Astro First

Filem Gracias Barcelona Di Astro First

Filem pembuka tirai untuk tahun 2022 akan dimulakan dengan sebuah filem romantik berjudul Gracias Barcelona yang akan mula bersiaran pada 13 Januari 2022 ini.

Sebuah filem yang bukan sahaja mengetengahkan sebuah jalan cerita yang menarik tetapi disajikan dengan cinematografik dan pemandangan yang indah di bumi Sepanyol.

Filem Gracis Barcelona ini merupakan terbitan Azura Pictures, diarahkan oleh Feroz Kader dan lokon layar oleh MF Kencana.

BACA : Senarai Filem Melayu Terbaru Untuk Tahun 2022

Selain daripada comeback Fathia Latiff ke dunia lakonan serta lakonan pertama selepas berkahwin daripada Kamal Adli, ramai lagi pelakon yang terlibat seperti Afiq Muiz, Bell Ngasri, Aleza Shadan dan ramai lagi.

Filem Gracias Barcelona Di Astro First

Sinopsis Filem Gracias Barcelona

Filem Gracias Barcelona ini mengisahkan Kamal (Kamal Adli) dan Fatiha (Fathia Latiff) yang mula jatuh cinta sejak menuntut dan belajar bersama-sama di Barcelona.

Namun begitu, hubungan mereka di uji apabila pulang tanah air, Malaysia.

Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan. Apabila cinta dan kesetiaan dikhianti.

Siapa yang melukakan dan terluka?

Filem Gracias Barcelona Di Astro First

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem Gracias Barcelona bermula 13 Januari ini, hari Khamis di saluran Astro First 480.

Anda boleh langgan atau sewa dengan harga RM15.00 untuk tayangan selama 48 jam dengan menonton secara berulang-ulang

Post a Comment

Previous Post Next Post